Pemain DVD ialah peranti yang memainkan cakera yang dihasilkan mengikut piawaian teknikal DVD-Video dan DVD-Audio.
Butiran teknikal
Sesebuah pemain DVD perlu melengkapkan tugas-tugas berikut:
Membaca cakera DVD dalam format ISO – UDF versi 1.2
Memilih untuk menyahsulitkan sama ada dengan CSS atau Macrovision
Membaca dan mematuhi kod halang masuk rantauan DVD dan memaparkan amaran sekiranya pemain tidak dibenarkan memainkan cakera DVD
Menyahkodkan strim video MPEG-2 dalam kadar maksimum 10 Mbit/s (puncak) atau 8 Mbit/s (berterusan)
Menyahkodkan bunyi dalam format dan output MP2, PCM atau AC-3 (dengan pilihan downsampling AC-3 ke stereo) pada penyambung stereo, optik atau digital elektrik
Lebih-lebih lagi, kebanyakan pemain DVD membolehkan pengguna memainkan CD audio (CDDA, MP3, dsb.) dan CD video (VCD). Sebilangan kecil pemain DVD dilengkapi dekoder teater rumah (seperti Dolby Digital, Digital Theater Systems (DTS)). Sesetengah pemain baru juga memainkan video berformat mampatan video MPEG-4 ASP (seperti DivX) yang laris didapati di Internet, dan juga format mampatan video RMVB.
Output
Kebanyakan pemain DVD perkakas perlu disambungkan dengan peti televisyen. Juga terdapat peranti mudah alih kecil yang disertakan dengan skrin LCD.
Pemain DVD mudah alih
Kebanyakan pemain DVD mudah alih dilengkapi skrin LCD dan pembesar suara stereo, dan biasanya dikuasakan oleh bateri ion litium. Pemain DVD mudah alih biasanya digunakan untuk berhibur ketika dalam perjalanan jauh.