HDMI menyokong mana-mana format video TV atau PC, termasuk video standard, dipertingkat, atau definisi tinggi, serta audio digital pelbagai saluran pada sebatang kabel tunggal. HDMI tidak bergantung kepada mana-mana piawaian DTV seperti ATSC, dan DVB (-T,-S,-C), kerana piawaian-piawaian ini merupakan pengkapsulan strim-strim data filem MPEG yang dihantar ke dekoder, lalu dioutputkan sebagai data video yang tidak dimampatkan dalam HDMI. HDMI mengekodkan data video ke dalam TMDS untuk pemancaran secara digital melalui HDMI.
Peranti-peranti berkenaan dibuat agar mematuhi pelbagai versi spesifikasi, yang mana setiap versi diberi nombor seperti 1.0 atau 1.3. Setiap versi spesifikasi yang berikutnya menggunakan kabel-kabel yang sama, tetapi meningkatkan daya pemprosesan dan/atau keupayaan pemancaran melalui kabel. Contohnya, dahulunya, kadar jam piksel maksimum antaramuka ialah 165 MHz, iaitu cukup untuk menyokong 1080p pada 60 Hz atau WUXGA (1920x1200), tetapi HDMI 1.3 meningkatkan kadar itu kepada 340 MHz, maka menyediakan sokongan untuk WQXGA (2560x1600) dan selebihnya merentasi satu pautan digital tunggal. See also: Versi-versi HDMI.
HDMI juga merangkumi sokongan untuk audio digital tidak dimampatkan lapan saluran pada kadar sampel 192 kHz dengan 24 bits/sampel serta mana-mana strim yang dimampatkan seperti Dolby Digital, atau DTS. HDMI menampung sehingga 8 saluran audio satu bit, seperti yang digunakan pada Super Audio CD pada kadar sehingga 4x. Dengan versi 1.3, HDMI kini juga menampung strim dimampatkan lossless seperti Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio.
HDMI serasi ke belakang dengan Antara Muka Visual Digital berpautan tunggal yang membawa video digital (DVI-D atau DVI-I, bukan DVI-A) yang digunakan pada monitor dan kad grafik terkini. Ini bermakna sumber DVI-D boleh memacu monitor HDMI, atau sebaliknya, melalui alat suai atau kabel yanf sesuai, tetapi ciri-ciri audio dan kawalan jauh HDMI tidak disediakan. Tambahan pula, tanpa sokongan untuk Perlindungan Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi (bahasa Inggeris: High-bandwidth Digital Content Protectioncode: en is deprecated , HDCP) pada paparan, sumber isyarat boleh menghalang pengguna akhir dari menonton atau merakam kandungan terhad yang tertentu.
Di Amerika Syarikat, sokongan HDCP ialah satu ciri-ciri lazim pada TV digital yang sedia dipasang penala digital (ATSC), kecuali set TV digital lebih murah yang langsung tidak disertakan kemudahan HDMI. Dalam industri paparan PC pula, yang mana paparan komputer jarang sedia dipasang penala digital, sokongan HDCP tidak terdapat dalam kebanyakan model. Contohnya, monitor-monitor LCD terawal dengan penyambung HDMI tidak menyokong HDCP, dan tidak banyak juga monitor LCD padat (17" ke bawah) yang menyokong HDCP.
Peranti-peranti berkenaan dikilangkan untuk mematuhi pelbagai versi spesifikasi, iaitu setiap versi diberi nombor kemaskini. Setiap versi spesifikasi berikutnya menggunakan kabel yang sama, tetapi juga menambah daya pemprosesan dan kemampuan apa-apa yang boleh dipancarkan melalui kabel itu. Keperluan kabel HDMI baru sebenarnya bergantung pada kabel itu sendiri (yang juga disertakan kadaran HDMI). Faktor utama untuk dipertimbangkan ialah sama ada kabel yang sedia ada akan dapat menangani lebar jalur yang semakin besar; misalnya 10.2 Gbit/s yang disertakan dalam versi 1.3. Ujian akur kabel disertakan dalam Spesifikasi Ujian Akur HDMI (lihat TESTID 5-3), dengan huraian "Kategori 1" dan "Kategori 2" dalam Spesifikasi HDMI 1.3a (Seksyen 4.2.6).
Sesuatu produk yang dinyatakan mempunyai suatu versi HDMI tidak semestinya bererti merangkumi segala ciri-ciri yang diterangkan dalam pengelasan versi akan: memang, sesetengah ciri-ciri adalah tidak wajib. Contohnya, bagi HDMI v1.3, sokongan piawaian warna luas xvYCC adalah tidak wajib. Ini bermakna, jika anda membeli sebuah kamera video yang menyokong ruang warna yang luas itu (yang misalnya dijenamakan oleh Sony sebagai "x.v.Color") anda perlu memastikan bahawa paparan berkenaan menyokong kedua-dua HDMI v1.3 dan piawaian warna luas xvYCC.
HDMI 1.0
Dikeluarkan pada Disember 2002.
Sambungan audio/video digital kabel tunggal dengan kadar bit maksimum 4.9 Gbit/s. Sokongan maksimum video 165 Mpixel/s (1080p60 Hz atau UXGA) dan audio 8 saluran/192 kHz/24-bit.
Diterapkan kebolehan penyegerakan audio automatik (Audio video sync).
Pilihan sokongan output strim-strim Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio untuk penyahkodan luaran oleh penerima AV.[9] TrueHD dan DTS-HD merupakan format-format kodek audio tanpa kehilangan yang digunakan pada Cakera Blu-ray dan HD DVD. Jika pemain cakera boleh menyahkodkan strim-strim ini menjadi audio yang tidak mampat, maka HDMI 1.3 tidak perlu kerana semua versi HDMI boleh mengangkut audio yang tidak mampat.
Adanya penyambung mini Type C baru untuk peranti-peranti seperti kamera video.[10]
Meningkatkan leraian maksimum kepada 4K × 2K (3840×2160p pada 24Hz/25Hz/30Hz dan 4096×2160p pada 24Hz, iaitu leraian panggung wayang digital)
Saluran Ethernet HDMI yang membolehkan sambungan Ethernet 100 Mb/s di antara dua peranti bersambungan HDMI
Memperkenalkan Saluran Pulangan Audio (Audio Return Channel)
3D melalui HDMI: mnyokong beberapa struktur 3D termasuk alternatif medan, alternatif bidang, pemadatan bidang, alternatif garis, separuh sisi dengan sisi, sepenuh sisi dengan sisi, L + kedalamam, dan L + kedalaman + grafik + kedalaman grafik.[15][16][17]
Penyambung HDMI Mikro baru
Peningkatan sokongan ruangan warna
Sistem Penyambungan Automotif (Automotive Connection System)
A Sokongan 36-bit adalah mandatori untuk peranti CE yang serasi Deep Color dengan sokongan 48-bit sebagai pilihan.[20]
B Leraian maksimum berasakan CVT-RB, iaitu piawaian VESA untuk paparan bukan berasaskan CRT.[21] Penggunaan CVT-RB 1920×1200 memerlukan lebar jalur video 3.69 Gbit/s, 2560×1600 memerlukan lebar jalur video 8.12 Gbit/s, dan 4096×2160 pula memerlukan lebar jalur video 5.35 Gbit/s.[22]
C Penggunaan CVT-RB 2560×1600 memerlukan lebar jalur video 8.12 Gbit/s, manakala 4096×2160 memerlukan lebar jalur video 6.69 Gbit/s.[22]
D Penggunaan CVT-RB 1920×1200 memerlukan lebar jalur video 7.91 Gbit/s, manakala 4096×2160 memerlukan lebar jalur video 8.03 Gbit/s.[22]
E Penggunaan CVT-RB 1920×1200 memerlukan lebar jalur video 7.39 Gbit/s.[22]
F Biarpun bagi kodek audio mampat yang tidak boleh diangkut oleh versi HDMI yang tertentu, peranti sumber mungkin boleh menyahkodkan kodek audio lalu memancarkan audio sebagai LPCM tanpa mampatan.
G CEC disertakan dalam spesifikasi HDMI sejak versi 1.0 tetapi cuma mula digunakan dalam produk CE dengan HDMI versi 1.3a.[23][24]
H Main semula SACD boleh dilakukan untuk versi-versi lama HDMI jika peranti sumber (seperti Oppo 970) bertukar ke LPCM.[25]
I Seilangan besar penambahan dan penjelasan untuk perintah CEC. Salah satunya ialah perintah CEC membolehkan kawalan volum penerima AV.[26]