Dalam bidang sains komputer, sistem pengendalian atau sistem operasi ialah sekumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer secara menyelaras dan mengawal kendalian sumber-sumber ini.[1] Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:
Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialah atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialah Microsoft Windows, Linux, dan Mac OS. Microsoft Windows menguasai bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran komputer meja dan komputer riba, manakala pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX yang lain.[2][3]UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.
Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.
Inti ialah nadi sistem pengendalian yang berhubung terus kepada perkakasan komputer.
Berikut adalah rajah ringkas perhubungan komponen-komponen di atas:
Perkakasan <-> Inti <-> Cangkerang <-> Gunaan
Ideologi di sebalik inti termasuk inti monolitik, mikrokernel, dan eksokernel. Sistem komersil seperti UNIX, Windows, dan Linux mengguna sistem inti yang monolitik. Sistem yang lebih moden seperti QNX, BeOS, dan Windows NT menggunakan sistem mikrokernel. Komputer Terbenam mengguna sistem eksokernel.
^G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "sistem pengoperasian". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 76. ISBN967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)