Pasukan bola sepak kebangsaan Burkina Faso, ialah pasukan kebangsaan Burkina Faso dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Burkina Faso. Mereka dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Upper Volta sehingga tahun 1984, apabila Upper Volta menjadi Burkina Faso. Mereka mendapat tempat keempat dalam Piala Negara-Negara Afrika 1998, apabila mereka menjadi tuan rumah kejohanan itu. Penamat terbaik mereka dalam kejohanan itu adalah pada edisi 2013, lantas membolehkan mereka mara ke perlawanan akhir.
24 pemain skuad sementara telah diumumkan pada 15 Disember 2016.[4]Souleymane Koanda telah dimasukkan ke dalam skuad sementara Piala Negara-Negara Afrika 2017 pada 21 Disember.[5] Skuad muktamad diumumkan pada 6 Januari 2017, dengan Ernest Congo dan Issoumaila Lingane ditinggalkan daripada pasukan.[6]Kaps dan gol dikemas kini pada 28 Januari 2017 selepas perlawanan menentang Tunisia.[7]