Parti Kemajuan Singapura[1] (bahasa Inggeris: The Progress Singapore Party, disingkatkan kepada PSP; Bahasa Cina: 新加坡前进党; pinyin: Xīnjiāpō Qiānjīn Dǎng; Tamil: முன்னேற்றம் சிங்கப்பூர் கட்சி, rumi: Muṉṉēṟṟam Ciṅkappūr Kaṭci) ialah sebuah parti politik yang wujud di Singapura. Ia ditubuhkan pada 28 Mac 2019 setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Singapura[2] serta dirasmikan pada 3 Ogos 2019.[3][4].[1]
Ia diketuai Dr. Tan Cheng Bock yang menyandang jawatan Setiausaha Agung parti tersebut.[1]
Rujukan