Papua Selatan ialah sebuah provinsi di Indonesia yang dipecahkan daripada provinsi Papua pada sidang Paripurna DPR RI pada 30 Jun 2022. Ibu kotanya terletak di Salor, Kabupaten Merauke. Papua Selatan sebelum ini merupakan sebahagian daripada provinsi Papua bersama-sama dua provinsi lain, iaitu Papua Pegunungan dan Papua Tengah pada 30 Jun 2022 berdasarkan Undang-Undang Nomor 16 Tahun 2022.[5] Ia bersempadan dengan Papua New Guinea.
^"La Pago" (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Badan Penghubung Daerah Provinsi Papua, Republik Indonesia [Regional Liaison Agency of Papua, Republic of Indonesia]. July 2022.