Pandan laut, mengkuang duri atau mengkuang laut (nama saintifik: Pandanus tectorius) bertaburan di pantai-pantai dan pulau-pulau di kawasan Asia Selatan dan Timur sampai ke Polinesia.
Botani
Pokok ini renek bercabang lebar mencapai setinggi 4 hingga 11 meter[2] kadang-kadang berbatang banyak. Ia berakar tunjang dari sekitar pangkal batang.[3] Daun-daun pokok ini berbentuk nipis mirip pita dengan panjang 70 hingga 250 sm lebar dengan permukaan licin berlilin, tepi dan sisi daun mempunyai duri tempel yang berhujung meruncing. Daun-daun berkumpul rapat di ujung ranting, dalam 3 baris yang tersusun spiral, duduk, dengan pangkal memeluk batang, meninggalkan bekas bentuk cincin bila rontok.[3]
Buahnya (cephalium) muncul tunggal dalam berbagai-bagai bentuk, ukuran dan warna, kulit buah (eksokarp) hijau bertukar kepada kuning, jingga kemerahan apabila masak.[4]
Kegunaan
Buah pandan laut boleh dimakan, ada baka-baka yang boleh dimakan terus mentah namun ada baka yang menghasilkan kalsium oksalat yang mampu merengsakan maka perlu dimasak terlebih dahulu.[5] Masyarakat-masyarakat kepulauan di Mikronesia dan Polinesia mengisar ia menjadi tepung yang digunakan dalam masakan mereka;[6] begitu juga di Maldives.[7]
^ abvan Steenis, Cornelis Gijsbert Gerrit Jan (1981). Flora, untuk sekolah di Indonesia. Jakarta: PT Pradnya Paramita. m/s. 104-5.
^Thomson, L. A. J.; Englberger, L.; Guarino, L.; R. R. Thaman; Elevitch, C. R. (2006). "Pandanus tectorius (pandanus)"(PDF). The Traditional Tree Initiative.
^"*Fara". Te Mära Reo: The Language Garden. Benton Family Trust. Dicapai pada 15 Januari 2019.
^Lex A.J. Thomson; Lois Englberger; Luigi Guarino; R.R. Thaman; Craig R. Elevitch (2006). "Pandanus tectorius (pandanus)". Dalam Craig R. Elevitch (penyunting). Species Profiles for Pacific Island Agroforestry(PDF) (ed. online version 1.1). Hōlualoa, Hawai‘i: Permanent Agriculture Resources (PAR).
Pautan luar
Profil spesies dari Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
Profil spesies dari Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura