Orang Hawaii (Hawaii: kānaka ʻōiwicode: haw is deprecated , kānaka maolicode: haw is deprecated , Hawaiʻi maolicode: haw is deprecated ; bahasa Inggeris: Native Hawaiianscode: en is deprecated ) merupakan orang peribumirumpun Polinesia yang menduduki kepulauan Hawaii.[2] Mereka berasal daripada para pelayar Polinesia yang meneroka lautan Pasifik yang menemukan serta mendirikan petempatan manusia di kepulauan tersebut sekitar 1219 dan 1266 M (berdasarkan kajian bukti peninggalan). Sebanyak 527,000 orang diperangkakan berketurunan masyarakat ini pada 2005,[1] sebanyak 9.9% penduduk seluruh Hawaii dikirakan daripada bangsa ini.[3]
Orang Hawaii mempunyai kepercayaan animistik yang dikembangkan dari kefahaman mereka terhadap tanah dan pertalian keluarga panjang.[4] Mereka turut mempercayai keberadaan semangat serata alam sekitar dari yang ada pada ombak lautan hingga ke langit.
Terdapat empat dewa yang disembah dalam masyarakat ini iaitu Kāne dewa pencipta, Kanaloa dewa laut, Kū dewa perang, and Lono dewa keamanan dan kesuburan.[5]
Masyarakat ini pernah mempunyai aturan pantang larang tersendiri yang diamalkan secara ketat sesama mereka iaitu kapu, tetapi aturan ini dimansuhkan pada zaman Raja Kamehameha II tahun 1819.
Orang Hawaii mempunyai seni tari hula yang pada asalnya dilakukan sebagai persembahan kepada para dewa mereka dengan iringan alat-alat muzik tradisi;[6] tetapi penerapan muzik diperkenalkan dari Amerika turut menjadikan tarian ini sebagai suatu bentuk hiburan santai.[7] Mereka turut mempelopori sukan luncur air (heʻe ʻana) sebagai suatu cara mempertunjukkan keberanian mengharungi ombak-ombak.[8]
Muzik moden Hawaii terhasil dari pertembungan budaya Barat dengan masyarakat setempat dengan adanya alat unik seperti gitar keluli dan ukulele. Bahkan, unsur-unsur baru diterapkan dalam muzik ini turut ketara mempengaruhi muzik moden masyarakat serantau Polinesia lain.[9]
^ abHixson, Linsday; Hepler, Bradford; Ouk Kim, Myoung (Mei 2012). 2010 Census Brief, The Native Hawaiian and Other Pacific Islander Population: 2010(PDF) (Laporan). United States Census Bureau. m/s. 15. C2010BR-12. Dicapai pada 10 Mac 2019. "There were 156,000 people who reported Native Hawaiian with no additional detailed NHPI group or race group and an additional 371,000 people who reported Native Hawaiian in combination with one or more other races and/or detailed NHPI groups. Thus, a total of 527,000 people reported Native Hawaiian alone or in any combination."