Rencana ini mengenai uniform tentera paling formal. Untuk uniform tentera secara umum, sila lihat
pakaian seragam tentera .
Para pegawai dari Angkatan Aeroangkasa Rusia di Perarakan Hari Kemenangan Moscow 2019 dalam pakaian istiadat
Pakaian rasmi istiadat , pakaian istiadat juga dikenali sebagai pakaian rasmi perbarisan atau pakaian nombor 1 dalam perkhidmatan beruniform Malaysia, ialah jenis pakaian seragam paling formal yang digunakan oleh tentera , polis , bomba dan perkhidmatan beruniform awam yang lain untuk perbarisan , upacara rasmi, dan majlis resepsi, termasuk majlis persendirian seperti perkahwinan dan upacara pengebumian . Pakaian rasmi istiadat biasanya merangkumi darjah kebesaran penuh dan insignia pingat . Gaya ini berasal dari uniform yang digunakan pada abad ke-19, walaupun abad ke-20 menyaksikan penggunaan pakaian mess kit -bergaya penuh. Reka bentuk mungkin bergantung pada rejimen atau cabang tentera (cth tentera darat , tentera laut , tentera udara , askar marin ). Dalam Kod berpakaian Barat , pakaian rasmi istiadat adalah alternatif tambahan yang dibenarkan bersamaan dengan pakaian white tie awam bagi pemakaian malam atau morning dress bagi pemakaian siang – kadangkala secara kolektif dipanggil pakaian rasmi – namun uniform tentera adalah sama untuk pakaian siang dan malam. Oleh itu, pakaian rasmi istiadat adalah uniform paling formal, diikuti oleh pakaian rasmi mess .
Walaupun pakaian rasmi istiadat selalunya berwarna terang dan dihiasi dengan epaulet emas, sulaman emas, lanyard , lampasse , dsb, kebanyakannya berasal sebagai uniform praktikal yang, dengan penggunaan uniform yang lebih praktikal, telah dimasukkan ke fungsi istiadat. Sebelum Perang Dunia I , sebahagian besar angkatan tentera dunia mengekalkan uniform jenis ini yang biasanya lebih berwarna-warni dan terperinci daripada uniform tugas biasa (dikenali sebagai undress ), atau pakaian seragam khidmat yang aktif.[ 1]
Ketika pakaian rasmi istiadat lazimnya dipakai pada masa-masa tertentu oleh pegawai bertauliah dan pegawai tidak tauliah , ia juga boleh dipakai sebagai pakaian seragam pilihan oleh sesetengah anggota LLP kanan. Ia juga kadangkala dipakai oleh golongan istana , golongan kesatriaan atau perkhidmatan beruniform awam tertentu, walaupun sesetengah daripadanya mungkin menghampiri pada pakaian mahkamah .
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Kategori berkenaan Pakaian rasmi istiadat di Wikimedia Commons