Separuh akhir tempoh itu merupakan suatu episod orogeni intensif yang berlaku di hampir semua benua.
Dua peristiwa impak terbesar yang diketahui di Bumi berlaku semasa tempoh Oroseira. Pada awal tempoh sekitar 2023 jtd, pelanggaran asteroid yang besar mencipta struktur hentaman Vredefort. Peristiwa yang mencipta struktur Lembangan Sudbury berlaku pada penghujung tempoh sekitar 1850 jtd.
Terdapat tempoh masa alternatif antara kira-kira 2060 sehingga 1780 jtd yang ditentukan berdasarkan stratigrafi bukannya kronometri yang dinamakan sebagai tempoh Kolumbia. Nama alternatif tempoh geologi ini telah dicadangkan sewaktu tinjauan skala masa geologi 2012 yang disunting oleh Gradstein et al.,[3] tetapi sehingga ke Februari 2022 perkara ini belum diterima pakai secara rasmi oleh IUGS.
Paleogeografi
Superbenua Kolumbia terbentuk pada penghujung tempoh ini.