Cisural merupakan nama untuk siri/epok pertama tempoh Perm. Epok Cisural didahului dengan epok Pennsilvania dan diikuti dengan epok Guadalup. Epok Cisural dinamakan sempena lereng barat Pergunungan Ural di Rusia dan Kazakhstan, dan bertarikh antara 298.9 ± 0.15 – 272.3 ± 0.5 juta tahun dahulu (jtd).[3]
Dalam stratigrafi serantau di barat daya Amerika Utara, epok Cisural merangkumi dua siri: Wolfkampian (peringkat Asselian sehingga pertengahan peringkat Artinskian) dan Leonardian (pertengahan peringkat Artinskian hingga peringkat Kungurian).[4][5][6]
Geografi
Sewaktu epok ini benua Gondwana bertembung dengan benua Laurusia dan mencipta orogeni Alleghenian di Amerika Utara masa kini.[7] Di barat laut Eropah, orogeni Hersinian berterusan.[7] Hal ini menyebabkan pewujudan adibenua besar yang dikenali sebagai Pangea pada pertengahan epok Perm awal, yang akan memberi kesan terhadap iklim.[7]
Iklim
Pada permulaan tempoh Perm, Zaman Ais Palaeozoik Akhir yang bermula pada tempoh Karbon berada di kemuncaknya. Glasier surut sepanjang akhir epok Cisural apabila iklim Bumi semakin panas,[8] terutamanya semasa Peristiwa Pemanasan Artinskian[9] yang mengeringkan bahagian dalam benua itu[10][11][12] Jalur pan-tropika Pangea mengalami kekeringan yang ketara pada epok ini.[13][14][15]
Kepelbagaian biologi
Pinggiran paya kebanyakannya adalah paku-pakis, paku-pakis berbenih, dan likofita. Siri ini menyaksikan kemunculan kumbang dan lalat.[7]
Paya arang batu dari tempoh Karbon berterusan dan herbivor seperti Diadectes dan Edaphosaurus muncul.[16] Hal ini menunjukkan bahagian dalam yang kering dengan serangga kecil. Caseid dan prototherapsid Tetraceratops muncul.[16] Kehidupan marin berkemungkinan lebih mempelbagai berbanding zaman moden kerana iklim semakin panas. [7] Jerung yang luar biasa seperti Helicoprion terus wujud dalam siri ini.
Fauna darat epok Perm awal didominasi oleh pelikosaur, diadektida, dan amfibia.[17][18] Pelikosaur muncul semasa epok Karbon Akhir, dan mencapai puncaknya sewaktu epok Cisural sehingga kekal menjadi haiwan darat yang dominan selama kira-kira 40 juta tahun [16][19] Beberapa jenis haiwan tersebut terus wujud sehingga ke peringkat Kapitanian. Akhirnya haiwan-haiwan tersebut digantikan dengan terapsida.[16]
Dimetrodon, seekor pelikosaur, berada di puncak rantai makanan sewaktu epok Cisural
Helicoprion bessonovi dengan ciri 'gigi-berputar' di hadapan rahang
Subbahagian
Global
Peringkat Asselian (298.9 ± 0.15 – 294.6 ± 0.8 Ma)
Peringkat Sakmarian (294.6 ± 0.8 – 290.1 ± 0.7 Ma)
Peringkat Artinskian (290.1 ± 0.7 – 283.5 ± 0.7 Ma)
Peringkat Kungurian (283.5 ± 0.7 – 272.3 ± 0.5 Ma)
^ abcde"Permian Period". Encyclopædia Britannica. 16 October 2018. Dicapai pada 18 April 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Perm" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^ abcdKazlev, M. Alan (4 May 2002). "The Cisuralian Epoch". palaeos.com. Dicapai pada 18 April 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Paleos" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza