Oh Ji-ho (Hangul: 오지호; dilahirkan pada 14 April 1976) ialah seorang pelakon Korea Selatan. Dia dikenali dengan lakonan wataknya dalam siri-siri TV Couple or Trouble, Single Dad in Love,[1] dan The Slave Hunters.[2][3][4] Dia juga membintangi filem-filem My Wife is a Gangster 3, Sector 7,[5] dan The Grand Heist.[6][7]
Kehidupan peribadi
Pada 9 Januari 2007, bekas teman wanita Oh, seorang pelayan wanita bar yang hanya dikenal dengan nama keluarga Lim, telah membunuh diri sejurus selepas mereka berpisah. Oh mengatakan bahawa meskipun dia menyintainya, Lim yang menamatkan hubungan dua tahun mereka kerana Lim tidak mahu menjadi batu penghalang karier Oh.[8] Tetapi keluarga dan rakan Lim bertegas bahawa Oh telah meninggalkan Lim pada 3 Januari, dengan serius melukakan hati Lim dan mendorongnya membunuh diri.[9] Sebuah program TV kemudiannya menemuramah saudara-mara Lim dan dengan keizinan mereka, masuk ke dalam bilik tidur Lim dan sebahagian barangan peribadi Oh diperlihatkan di depan kamera, seperti skrip filem dan gambar-gambarnya. Setelah rancangan itu ke udara, stesen TV itu dikritik keras oleh orang ramai kerana menjejaskan privasi orang yang terlibat.[perlu rujukan]
Filmografi
Siri TV
- Cool (KBS2, 2001)
- Confession (MBC, 2002)
- Second Proposal (KBS2, 2004)
- Autumn Shower (MBC, 2005)
- Super Rookie (MBC, 2005)
- Couple or Trouble (MBC, 2006)
- Thanks Life (KBS2, 2006)
- Get Karl! Oh Soo-jung (SBS, 2007)
- Single Dad in Love (KBS2, 2008)
- Queen of Housewives (MBC, 2009)
- The Slave Hunters (KBS2, 2010)
- The Fugitive: Plan B (KBS2, 2010) - cameo
- Strangers 6 (WOWOW/Channel A, 2012)[10]
- The 3rd Hospital (tvN, 2012)[11]
- Queen of the Office (KBS2, 2013)
- Basketball (tvN, 2013) - cameo
- Cheo Yong (OCN, 2014)
Filem
Rancangan varieti
Video muzik
Iklan
Diskografi
- "I Am a Man" (trak daripada OST Strangers 6, 2012)[17]
Anugerah
Rujukan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Oh, Ji-ho
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
Korean actor and model
|
Tarikh kelahiran
|
April 14, 1976
|
Tempat kelahiran
|
Mokpo, South Jeolla, South Korea
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|