The Korea Herald ialah sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris ditubuhkan pada tahun 1953 dan diterbitkan di Seoul, Korea Selatan. Para staf terdiri dari Korea dan penulis antarabangsa dan editor, dengan rangkuman berita tambahan yang diambil dari kumpulan berita antarabangsa yang lain seperti Associated Press.[1]
The Korea Herald dikendalikan oleh Herald Media. Herald Media juga menerbitkan The Herald Business, perniagaan harian berbahasa Korea, The Junior Herald, akhbar mingguan berbahasa Inggeris untuk remaja, The Campus Herald, akhbar mingguan berbahasa Korea untuk mahasiswa. The Korea Herald juga ialah sebahagian dari anggota Asia News Network.[2] [3]
Rujukan
Pautan luar