Nargis (Jawi: نرݢيسcode: ms is deprecated ), narjis (Jawi: نرجس), narsis atau dafodil ialah jenis bunga sebarang spesies yang tergolong dalam genus tumbuhan Narcissus famili Amaryllidaceaebertumpu awal di semenanjung Iberia[1] menyebar asal serata kawasan Mediterannean Eropah, Afrika Utara dan Asia.
Pengiraan spesies yang digolongkan dalam genus ini berbeza mengikut takrifan badan tertentu; setakat September 2014[kemas kini], Senarai Semakan Keluarga Tumbuhan Terpilih mendaftarkan sebanyak 52 spesies ditambahkan bersama sekurang-kurangnya 60 spesies kacukan manakala Persatuan Hortikultur Diraja British menyenaraikan 81 jenis pada Oktober tahun sama.[2]
Pengistilahan
Nargis merupakan serapan kata bahasa Parsi untuk bunga ini (نرگس narges) sama ada dipinjam terus mahupun melalui bahasa Arab sebagai narjisنَرْجِس.[3][4] Kata "dafodil" pula menyerap bahasa Inggeris daffodil dari kata lama affodell pinjaman kata Asphodelus (Yunani: ἀσφόδελος, rumi: asphodeloscode: el is deprecated ) kerana kemiripan bunga dihasilkan antara kedua-dua genus ini.[5][6]
Nama genus menggolongkan jenis-jenis bunga ini iaitu Narcissus dipercayai berkaitan dengan kisah Narkissos ("Narcissus" bentuk bahasa Latin figura ini) dalam mitos orang Yunani Purba yang dipercayai menjelma menjadi bunga ini;[6] genus itu menurun kepada kata nama narcis dalam bahasa Belanda dipinjamkan sebagai narsis didapati di Indonesia.[7]
Botani
Batang yang tumbuh dari bebawang tumbuhan ini tunggal berongga dilapisi beberapa helai daun nipis. Pertumbuhan ini berlaku dari awal sepanjang musim bunga atau musim luruh (dalam sesetengah spesies) setelah berkembang dalam bebawang sepanjang musim panas hingga musim sejuk.[8]
Bunga yang dihasilkan dari setiap tangkai batang memunculkan enam kelopak luar mengapit suatu runjung pusat keseluruhannya berwarna putih, kuning atau kehijauan yang tumbuh menegak mahupun menunduk. Satu stigma ada pada pusat bunga dikelilingi enam stamen penuh debunga. Buah hasil senyawaan bunga ini terdiri dari suatu lenggai mengandungi banyak butir biji benih berwarna hitam[8]
Hubungan dengan manusia
Bunga ini sering dikaitkan dengan budaya orang Cina tidak sahaja sebagai perlambangan tuah dan kemakmuran dibawa musim bunga yang menandakan tahun baru diraikan masyarakat tersebut[9] malah sering disebut-sebutkan dalam cerita rakyat kaum ini.[10][11][12]
Terdapat petikan yang didakwa sebagai sabdaNabi Muhammad kononnya mengesyorkan bauan dari bunga ini, tetapi hadis bersifat daif.[13]
Risiko
Akar dan dedaun bebawang bunga-bunga nargis mengandungi bahan toksinalkaloid iaitu likorina yang boleh menyebabkan rasa loya, muntah-muntah, cirit-cirit jika tertelan bahkan masalah jantung dan saraf membawa maut jika diambil secara berlebihan; hal ini lagi diburukkan dengan kemungkinan akar bunga ini yang boleh dikelirukan dengan beberapa jenis bawang tertentu.[14]
Getah nargis turut boleh menyebabkan tindak balas alahan mendatangkan gejala gatal-gatal pada kulit yang terkena dalam individu tertentu.[15][16]
^Muhammad Bukhari Lubis (Hj.) (1990). Bunga rampai sastera Parsi. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. m/s. 29.
^Wilkinson, Richard James (1932). "nargis". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 607 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
van der Sijs, Nicoline (2010). "narcis". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN9789012582148.
M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "narcis". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
^Cultural China. "Narcissus". Shanghai News and Press Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2015. Dicapai pada 14 October 2014.
^Hu, William C. (1989). Narcissus, Chinese new year flower : legends and folklore. Ann Arbor, Mich.: Ars Ceramica with the Honolulu Academy of Arts. ISBN978-0893440350.
^"Hidulah kalian bunga dafodil (sejenis bunga)". SemakHadis. Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. 27 Oktober 2020. Dicapai pada 25 September 2021.
^Van Beck, John; Christman, Steve (3 Oct 2005). "Narcissus". Floridata. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2014. Dicapai pada 25 October 2014.