Lokasi Mukim Tungku terletak di Timur Lahad Datu, yang bersempadan dengan Mukim Felda Sahabat di Utara dan Timurnya manakala Mukim Silabukan di Baratnya dan Teluk Darvel di Selatannya.
Mukim Tungku adalah berbeza dengan Daerah Kecil Tungku. Mukim Tungku hanyalah kawasan kecil atau zon dari Kg Bangingod hingga ke Kg Merabung, manakala istilah Daerah Kecil Tungku pula merangkumi kawasan yang lebih besar termasuk Felda, Tanjung Labian, Tambisan dan Bakapit.
Perkampungan dan Penduduk
Mukim Tungku mempunyai beberapa kumpulan etnik yang terdiri daripada Etnik Bagahak, Bajau, Iranun dan lain-lain. Islam agama terbesar di Mukim ini diikuti oleh Kristian dan lain-lain. Kebanyakan pekerjaan penduduk Mukim Tungku adalah pekebun kecil yang membuka ladang sawit, nelayan dan berniaga kecil-kecilan dan sebagainya.