Michael Fassbender (lahir 2 April 1977) merupakan seorang pelakon Ireland. Beliau mula muncul menerusi filem epik perang fantasi, 300 (2007) sebagai seorang pahlawan Sparta. Sebelum itu, beliau pernah muncul dalam pementasan dan juga rancangan untuk televisyen seperti sirimini HBO, Band of Brothers (2001) dan drama fantasi Sky One, Hex (2004–05). Beliau turut pernah membintangi filem Hunger (2008) sebagai aktivis IRA, Bobby Sands. Menerusi watak ini, Fassbender berjaya memenangi British Independent Film Award. Selain itu, beliau pernah membintangi beberapa filem seperti Fish Tank (2009), Inglourious Basterds (2009), filem adaptasi 2011 mengenai Jane Eyre, A Dangerous Method (2011), Prometheus (2012) dan sekuelnya, Alien: Covenant (2017), serta sebuah komedi-drama muzikal Frank (2014).
Pada tahun 2011, Fassbender muncul dalam X-Men: First Class sebagai Magneto, dan berkongsi watak yang sama bersama Ian McKellen dalam X-Men: Days of Future Past (2014), serta muncul dengan watak yang sama dalam X-Men: Apocalypse (2016). Pada tahun 2011 juga, melakon watak sebagai seorang lelaki ketagihan seks dalam Shame yang melayakkan beliau memenangi Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68 selain tercalon untuk Golden Globe dan Anugerah BAFTA. Pada tahun 2013, lakonan beliau sebagai pemilik hamba dalam filem epik perhambaan, 12 Years a Slave telah mendapat pujian dan melayakkan beliau menerima pencalonan pertama untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Anugerah Akademi. Pada tahun 2013, Fassbender muncul dalam sebuah lagi filem Ridley Scott, The Counselor. Beliau kemudiannya memegang watak dalam filem biografi arahan Danny Boyle, Steve Jobs pada tahun 2015 dan memegang watak Macbeth dalam filem yang diadaptasio dari pementasan William Shakespeare, Macbeth. Pada tahun 2015 juga, beliau menerbitkan Slow West, yang turut dibintangi olehnya.
Kehidupan awal
Fassbender dilahirkan pada 2 April 1977[5] di Heidelberg, Baden-Württemberg.[6] Ibunya, Adele, merupakan bangsa Ireland (dari Larne, County Antrim), sementara bapanya, Josef Fassbender, merupakan bangsa Jerman.[7][8] Menurut salasiah keluarga Fassbender, ibunya mempunyai pertalian dengan Michael Collins, pemimpin bangsa Ireland semasa Perang Kemerdekaan.[6][9] Ketika Fassbender berusia dua tahun, ibu bapanya berpindah ke Irish town of Killarney, County Kerry, dimana mereka mengusahakan sebuah restoran, West End House, serta bapanya menjadi tukang masak di sana. Keputusan untuk berpindah ke Kerry dilakukan kerana ibu bapanya mahukan anak-anak mereka membesar di pinggir kota dan bukannya kawasan perindustrian seperti di kediaman lama mereka di Jerman.[6][8] Fassbender mempunyai seorang kakak, Catherine, seorang ahli neuropsikologi.[10][11]
Fassbender dan kakaknya banyak menghabiskan cuti musim panas di Jerman, dan beliau fasih berbahasa Jerman,[12] walaupun beliau pernah berkata beliau perlu menajamkan semula kebolehan berbahasa Jermannya itu sebelum penggambaran filem Inglourious Basterds.[13][14] Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Fossa[15] dan Kolej St Brendan, kedua-duanya di Killarney.[16] Fassbender memutuskan untuk menjadi pelakon ketika berusia 17 tahun ketika membintangi pementasan oleh Donal Courtney. Ketika berusia 19 tahun, beliau berpindah ke London untuk belajar di Drama Centre London. Pada tahun 1999, beliau berhenti dari Drama Centre dan melakukan jelajah bersama Oxford Stage Company untuk pementasan Three Sisters.[10][17] Sebelum menjadi pelakon, beliau pernah bekerja sebagai posman dan pelayan bar.[18]
Kerjaya
Awal kerjaya
Fassbender mendapat peranan pertamanya menerusi sirimini Band of Brothers (2001).[19] Beliau melakukan watak sebagai Azazeal dalam Hex di Sky One dan menjadi watak utama dalam video muzik kugiran British The Cooper Temple Clause untuk lagu "Blind Pilots".[19]
Fassbender kemudiannya melakonkan watak Jonathan Harker dalam siri radio Dracula terbitan BBC Northern Ireland yang disiarkan dari 24 November sehingga 5 Disember 2003. Pada awal 2004, beliau kelihatan dalam iklan televisyen untuk minuman beralkohol;[20] dan iklan ini memenangi pingat emas menerusi Anugerah FAB 2005. [21][22]
Semasa Edinburgh Festival Fringe 2006, Fassbender melakonkan watak sebagai Michael Collins dalam Allegiance, sebuah pementasan oleh Mary Kenny berdasarkan pertempuan di antara Collins dan Winston Churchill.[23] Selain itu, Fassbender turut menerbitkan, mengarah dan membintangi Reservoir Dogs versi pementasan. [19]
Beliau kemudiannya muncul dalam Angel (judul UK: The Real Life of Angel Deverell). Drama berbahasa Inggeris pertama arahan pengarah Perancis François Ozon ini telah ditayangkan pada 17 Februari 2007 di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan pada 14 Mac 2007 di Paris. Beliau kemudiannya muncul dalam Wedding Belles sebagai Barney.
Kejayaan arus perdana
Pada tahun 2006, Fassbender melakon watak sebagai Stelios, pahlawan muda Sparta menerusi filem 300, sebuah filem aksi fantasi arahan Zack Snyder yang berjaya.[24] Sebagai persiapan membawa watak Bobby Sands, dalam filem Hunger, Fassbender telah melalui satu diet yang membataskan pengambilan 600 kalori sehari. Beliau menerima British Independent Film Award untuk lakonannya dalam filem tersebut.[25] Setahun selepas kejayaan beliau di Festival Filem Cannes dengan Hunger, beliau muncul dalam Inglourious Basterds dan Fish Tank.
Fassbender diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai Magneto dalam filem X-Men: First Class. Filem tersebut telah ditayangkan pada 3 Jun 2011 dan menerima pujian. Pada tahun 2011, Fassbender membintangi A Dangerous Method arahan David Cronenberg dan telah ditayangkan di Festival Filem Venice 2011. .[30]
Pada tahun 2011, beliau muncul sebagai watak utama dalam filem Shame, mengenai seorang lelaki yang menghadapi masalah ketagihan seksual. Shame merupakan filem kedua beliau bersama Steve McQueen dan telah ditayangkan di Festival Filem Venice 2011, dimana Fassbender menerima Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik. [31] Fassbender merupakan seorang pesaing untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi, namun beliau tidak dicalonkan. Menurut beberapa sumber, adengan telanjang beliau dan perlakuan seksual menginspirasikan pengundi "untuk berfantasi, dan bukannya mengundi." [32][33] Fassbender menerima pencalonan untuk Golden Globe dan BAFTA.
Fassbender melakon watak pengasas dan CEO Apple, Steve Jobs dalam filem arahan Danny Boyle menerusi filem Steve Jobs, yang memulakan penggambaran pada Januari 2015 di San Francisco, A.S., dan ditayangkan pada bulan September dalam tahun yang sama. Ia diadaptasi dari Walter Isaacson.[39] Ditulis oleh Aaron Sorkin, Fassbender dipilih selepas Christian Bale menolak projek tersebut.[40] Beliau telah tercalon bagi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi untuk filem ini.[41]
Bersama-sama dengan Ronan Bennett, Fassbender telah membangunkan sebuah syarikat produksi, Finn McCool Films. Mereka kini sedang membangunkan filem mengenai Cú Chulainn.[54]
Kehidupan peribadi
Fassbender menetap di Hackney, London, sejak 1996[55][56][57] dalam sebuah flat yang telah dimilikinya sejak berusia akhir 20-an.[58] Beliau fasih berbahasa Jerman dan pernah menyatakan minatnya untuk berlakon dalam filem mahupun pementasan bahasa Jerman.[59]
Walaupun cenderung untuk merahsiakan kehidupan peribadinya,[60] Fassbender menyatakan menerusi temubual bersama GQ pada tahun 2012, bahawa beliau sedang bersama pelakon Nicole Beharie, selepas bekerjasama dalam filem Shame.[61] Pada Disember 2014, beliau mula berhubungan dengan pelakon Sweden, Alicia Vikander. Mereka berkenalan di penggambaran filem The Light Between Oceans.[62][63] Mereka berdua kemudiannya berkahwin dalam satu majlis tertutup pada 14 Oktober 2017 di Ibiza, Sepanyol.[64]
^McCarthy, Todd (9 March 2007). "Review: '300'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2016. Dicapai pada 15 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Elley, Derek (20 February 2007). "Review: 'Angel'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 15 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Bradshaw, Peter (12 September 2008). "Eden Lake". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2016. Dicapai pada 15 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Bradshaw, Peter (10 September 2009). "Fish Tank". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2016. Dicapai pada 15 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Bradshaw, Peter (19 August 2009). "Inglourious Basterds". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2016. Dicapai pada 15 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^French, Philip (11 September 2011). "Jane Eyre – review". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2016. Dicapai pada 12 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Brooks, Xan (2 September 2011). "A Dangerous Method – review". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2016. Dicapai pada 12 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Collin, Robbie (31 May 2012). "Prometheus, review". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2016. Dicapai pada 14 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Collin, Robbie (22 May 2014). "X-Men: Days of Future Past, review". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2016. Dicapai pada 16 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Chang, Justin (13 February 2015). "Film Review: 'Slow West'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2015. Dicapai pada 16 April 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Maloney 2012, m/s. 33. sfn error: no target: CITEREFMaloney2012 (help)
^Maloney 2012, m/s. 38. sfn error: no target: CITEREFMaloney2012 (help)
^Addley, Esther (31 October 2008). "A great right hook of a role". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 17 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Bennett, Ronan (14 November 2008). "Remember the revolution?". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2016. Dicapai pada 17 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)