Mia Sara Shauki dilahirkan pada 12 Oktober 1999 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Bapanya, Afdlin Shauki[5] ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah. Datuknya, Monggoh Orow ialah seorang ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Tuaran, Sabah. Mia berketurunan Melayu-Kadazan-Dusun-Yunani.
Mia belajar di Cempaka International Ladies' College pada usia 14 tahun. Semasa belajar di kolej itu, beliau mula menunjukkan minat terhadap seni persembahan, dan menghadiri penerbitan pecah panggung tahunan sekolah, seperti The Wedding Singer dan Legally Blonde: The Musical. Pada tahun 2015, Mia belajar untuk Program Diploma International Baccalaureate di Cempaka, namun tercicir sebelum menamatkan kursus pengajian pada 2016. Pada tahun berikutnya, beliau menghadiri kursus Pengasasan dalam Seni di Pusat Matrikulasi HELP. Beliau kini mengambil diploma kursus lakonan dalam talian di Royal Central School of Speech & Drama.
Kerjaya
Mia Sara memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Buli (2004) arahan bapanya, sebagai anak kecil. Pada tahun 2009, Mia melakonkan watak Miasara kecil dalam filem Papadom juga arahan bapanya. Sejak itu, beliau banyak diberikan peranan kecil dalam filem-filem arahan Afdlin termasuk Misteri Jalan Lama (2011), Pontianak vs Orang Minyak (2012) dan Papadom 2 (2013); sebaik menginjak usia remaja. Beliau juga menumpukan perhatian terhadap projek teater di sekolah.
Pada tahun 2019, Mia melakonkan watak sebagai Tammy dalam filem seram komedi bebas, Space Ninjas. Beliau membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Caramel Cream" nyanyian kumpulan Midnight Fusic.
Mia mula mencuri perhatian menerusi watak Alissa Rose D'Cruz lakonannya dalam siri Disney Channel AsiaWizards of Warna Walk (2019), adaptasi Malaysia dari siri Wizards of Waverly Place. Beliau kemudian membuat penampilan TV Singapura pertamanya menerusi episod rintisan siri TV Mediacorp, Raksasa (2020).
^Kenneth Chaw (16 Ogos 2019). "Meet the 3 M'sian kids who beat 350 others to star in this Disney show" [Bertemu dengan 3 kanak-kanak Malaysia yang menewaskan 350 yang lain untuk membintangi rancangan Disney ini] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2021. Incidentally, unknown to Afdlin, his real-life daughter Mia, had auditioned to be a part of Wizards Of Warna Walk earlier. “We didn’t realise we were doing the same show until later". Mia, who first forayed into showbiz in 2016, was initially nervous about auditioning.
^Tahir Alhamzah (15 Ogos 2019). "#Showbiz: 'I never wanted my children to follow in my footsteps' — Afdlin Shauki" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 31 Januari 2020. Like many traditional Asian parents – Afdlin Shauki prefers to see his three children – Mia Sara, Anais and Ileana Matin – growing up to become either doctors, engineers, entrepreneurs or other professions with a more stable source of income.
^Suzi (15 Ogos 2019). "Ikut Jejak Bapa Jadi Anak Seni, Ini Wajah Cantik MIA SARA... Anak Gadis AFDLIN SHAUKI!". Nona. Dicapai pada 31 Januari 2020. Selain berbakat besar dalam bidang lakonan... Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah lama, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’