Merdeka 118

Merdeka 118
Merdeka 118 dilihat dari sisi utara pada 2023
Map
Nama lamaMenara Warisan Merdeka, KL 118, PNB 118
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di Malaysia sejak 2021[I]
Didahului olehThe Exchange 106
Maklumat umum
StatusSelesai[1]
JenisGuna campur: kompleks beli-belah, pemilikan rumah, hotel, pencerapan, taman awam, pejabat
Gaya seni binaNeo-futurisme dan corak songket tradisional Melayu
LokasiJalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, Malaysia
AlamatCangkat Stadium, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat3°8′30″N 101°42′2″E Sunting ini di Wikidata
Dinamakan bersempenaKemerdekaan Malaysia
Pecah tanahJulai 2014; 10 tahun yang lalu (2014-07)[7]
Pembinaan bermula2023 Sunting nilai ini di Wikidata
Upacara atas bumbung30 November 2021; 3 tahun yang lalu (2021-11-30) [8]
Disiapkan padaNovember 2023
PembukaanQ3 2024 (Park Hyatt KL), Q4 2024 (geladak cerap)
Dirasmikan pada10 Januari 2024[2]
PembiayaanRM5 bilion[3]
PemilikPNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (bawah PNB)
Maklumat ketinggian
Seni bina678.9 m (2,227 ka)[6]
Puncak680.5 m (2,233 ka)[perlu rujukan]
Menara antena160 m (520 ka)
Bumbung518.9 m (1,702 ka)
Tingkat teratas502.8 m (1,650 ka)[perlu rujukan]
Anjung pemerhatian566 m (1,857 ka) (aras puncak)
499 m (1,637 ka) (Dilihat di 118)
Butiran teknikal
Sistem penstrukturanKeluli
Konkrit bertetulang
Keluli terlindung konkrit
Bilangan tingkat118 (dengan 5 bawah tanah)
Keluasan tingkat292,000 m2 (3,140,000 ka2)
Lif/mesin pengangkat87
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekFender Katsalidis bersama dengan RSP KL
PemajuPNB Merdeka Ventures Sdn Bhd
Jurutera penstrukturanLeslie E. Robertson Associates, Robert Bird Group bersama dengan Arup[9]
Kontraktor utamaSamsung C&T
Kumpulan UEM
Dikenali keranaPencakar langit pertama melebihi 500 m (1,600 ka) dan 600 m (2,000 ka) di Malaysia dan Asia Tenggara
Maklumat lain
Letak kenderaan20,000 medan kereta
Capaian transit awam KG17  Stesen MRT Merdeka di Laluan Kajang
 AG8   SP8  Stesen LRT Plaza Rakyat melalui  KG17 
 MR3  Stesen Monorel Maharajalela di KL Monorail
Tapak web
merdeka118.com
Rujukan
[4][5]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menara Merdeka 118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, KL 118 dan PNB 118, ialah sebuah pencakar langit megatinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada tinggi 678.9 m (2,227 ka), ia menjadi bangunan dan struktur kedua tertinggi di dunia, hanya di belakang Burj Khalifa pada 828 m (2,717 ka).

Nama bangunan ini, iaitu Merdeka, diinspirasikan oleh Stadium Merdeka yang terletak berdekatan.[10] Puncak menara selesai pada Disember 2022, menandakan ketinggiannya pada 678.9 m (2,227 ka) di atas tanah dan 700.9 m (2,300 ka) di atas paras laut.[11]

Ia ialah bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia mengatasi The Exchange 106 pada 453.6 m (1,488 ka) menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dan mengatasi Landmark 81 pada 461.2 m (1,513 ka) menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara.[12] Bangunan ini juga akan menjadi yang pertama di Malaysia yang mendapatkan peringkat triple platinum daripada pengesahan mapan seluruh dunia, termasuk Leadership in Energy and Environmental Design (LEED).[12]

Latar belakang

Pembangunan Menara Merdeka 118 melibatkan tanah seluas 19 ekar (7.7 he) didanai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB),[13][14] dengan biaya RM5 bilion.[3] Ketika selesai pada 2023,[15] menara ini menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.[16] Ia dibangunkan dalam tiga fasa dan terdiri daripada 400,000 meter persegi (4,300,000 kaki persegi) ruang kediaman, hotel dan komersial.[17]

Bangunan ini ialah gabungan ruang pejabat, hotel, dan gerai peruncitan, serta lantai pencerapan yang akan menjadi geladak cerap tertinggi di Asia Tenggara. Ia mempunyai dua geladak cerap, pertamanya di dalam bangunan dan keduanya di dalam puncak menara, dan pusat perniagaan runcit (118 Mall). Ia akan dikelilingi dengan empat ekar taman lelurus dan bandaran.[18] Ruang yang tidak boleh disewakan pula terdiri daripada kemudahan lif, rekreasi dan penyelenggaraan, semacam ruang letak untuk lebih 8,500 buah kereta. Enam puluh daripada 80 tingkat ruang pejabat akan disediakan untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu pemaju dan subsidiari projek ini.[19][20]

Tapak

Bangunan ini terletak di Jalan Hang Jebat, di lokasi Taman Merdeka terdahulu (yang kemudian diubah menjadi ruang letak kereta terbuka). Tapak ini berada dalam lingkungan tanda tempat semacam Jalan Petaling, tempat bersukan termasuk Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Chin Woo, tiga buah sekolah (Victoria Institution, Sekolah Lelaki Methodist dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson), dan projek Plaza Rakyat tertegun (yang merentasi Laluan Ampang). Setelah selesai, pembangunan Menara Merdeka 118 juga akan mempunyai akses ke Stesen MRT Merdeka yang baru dibangunkan di Laluan Kajang (SBK)[21][22] dan langsung bersambung dari tiga jalan utama melalui Terowong Belfield, yang akan menjadi terowong bawah tanah 2 tingkat yang melintas di bawah Kampung Attap dan Jalan Maharajalela ke tingkat bawah tanah medan ini.[23]

Reka bentuk

Merdeka 118 direka bagi menggambarkan kaliber Tunku Abdul Rahman ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957, dengan melaungkan "Merdeka!" sebanyak tujuh kali

Bangunan ini direka dengan gabungan muka kaca berbentuk berlian menandakan kerencaman rakyat Malaysia. Reka bentuknya dibuat melambangkan dan diilhamkan oleh gerak isyarat tangan Tunku Abdul Rahman yang direntang ketika melaungkan "Merdeka!",[24] semasa beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Salutan bangunan ini nanti terdiri daripada 18,144 buah panel, 114,000 meter persegi kaca, dan 1,600 tan penyemperitan bingkai tingkap. Ia nanti mempunyai 118 Mall, pejabat Gred-A, hotel, dan kawasan kediaman. Jurutera strukturnya ialah Leslie E. Robertson Associates dan Robert Bird Group sedangkan jurutera rekod awam dan struktur untuk menara ini ialah Arup.[25][26] Bangunan ini akan dilengkapi dan disinari dengan 8.4 km jalur lampu LED pada waktu malam yang beransur-ansur bergerak dari satu penjuru ke penjuru lain.[27] Neapoli Group, iaitu firma reka bentuk dan kejuruteraan alam sekitar, digajikan untuk menyediakan khidmat nasihat ke arah mencapai penilaian platinum dengan tiga badan pengesahan Green Building: Leadership in Energy and Environmental Design (LEED), Green Building Index dan GreenRE.[28]

Pelan lantai

Semua pelan lantai yang diperolehi dari kertas cadangan bangunan tertakluk kepada perubahan.[29]

Aras Tujuan
118 Bilik orang kenamaan
117 Struktur mekanik
115 – 116 The View At 118 (Geladak langit dan balai cerap)
114 Restoran mewah
113 Struktur mekanik
100 – 112 Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel)
99 Gim, spa dan kolam renang dalaman (hotel)
97 – 98 Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel)
78 – 96 Pejabat-pejabat zon tinggi
77 Struktur mekanik
76 Lobi langit pejabat
75 Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel) Lobi langit
58 – 74 Pejabat-pejabat zon tengah 2
43 – 57 Pejabat-pejabat zon tengah 1
42 Struktur mekanik
40 – 41 Lobi langit pejabat
24 – 39 Pejabat-pejabat zon rendah 2
Ibu pejabat PNB dan subsidiarinya
8 – 23 Pejabat-pejabat zon rendah 1
Ibu pejabat PNB dan subsidiarinya
6 – 7 Struktur mekanik
5 Lobi pejabat
4 Tempat menyambut tetamu, lobi pejabat, lif lobi, keluar ke Merdeka Boulevard At 118 (Ruang legar selatan dari Jalan Stadium)
3 Lobi Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel), kafe, persidangan, ruang letak kereta, pintu masuk sisi ke 118 Mall dan pembangunan masa depan
2 Pintu masuk The View At 118 (Geladak langit dan balai cerap), ruang legar lobi
1 Aras perhimpunan, lobi komersial, elevator hotel, elevator restoran, ruang letak kereta, pintu masuk ke 118 Mall dan pembangunan masa depan (Ruang legar utara dari Jalan Hang Jebat)
B1 Ruang letak kereta tingkat bawah tanah
B2 Struktur mekanik

Ketinggian

Jadual berikut menunjukkan ketinggian untuk semua bahagian terlibat di menara Merdeka 118.

Maklumat ketinggian Ketinggian
Seni bina 678.9 m (2,227 ka)
Hujung 680.5 m (2,233 ka)
Puncak tajam 160 m (520 ka)
Kepala mercu 531.2 m (1,743 ka)
Bumbung 518.9 m (1,702 ka)
Tingkat teratas 502.8 m (1,650 ka)
Aras pemerhatian 483 m (1,585 ka) and 560 m (1,840 ka)
Menara Kediaman Merdeka 1 241.3 m (792 ka)
Menara Kediaman Merdeka 2 233.4 m (766 ka)
Oakwood Premier Kuala Lumpur 182.6 m (599 ka)

Perkembangan

Pembangunan dasar menara sesuai dilihat dari Jalan Hang Jebat pada September 2021.

Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[30][31]

Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.[32][33]

Kritikan

Ramai yang mengkritik projek ini, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu projek yang membazir dan dana RM5 bilion boleh digunakan untuk sebab-sebab lain seperti aspek kemiskinan, pendidikan dan jalan raya.[13]

Sebagai tindak balas kepada kritikan, Perdana Menteri berkata bahawa projek itu bukan merupakan satu pembaziran dan akan membawa lebih banyak faedah.[13]

Pada permulaannya dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding 509 m (1,670 ka), melepasi Taipei 101, tetapi akhirnya ketinggian cadangan Menara Warisan Merdeka telah disemak semula kepada 610 m (2,000 ka). Terdapat spekulasi bahawa hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur 100 tingkat seperti yang dirancang.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Merdeka PNB118 - The Skyscraper Center". www.skyscrapercenter.com.
  2. ^ "Menara Merdeka 118, a tower of success in navigating independence, says King". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 10 Januari 2024. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  3. ^ a b RM5bil Warisan Merdeka will be country's new landmark. TheStar.com.my
  4. ^ "Merdeka PNB118 - The Skyscraper Center". www.skyscrapercenter.com. Dicapai pada 2020-08-15.
  5. ^ "Warisan Merdeka, Kuala Lumpur - Building 1221285 - EMPORIS". Emporis. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2014. Dicapai pada 31 Ogos 2014.
  6. ^ "Merdeka 118 tower on track for completion late 2022". The Malaysia's Reserve. 30 November 2021. Dicapai pada 30 November 2021.
  7. ^ "Piling work starts on KL118". KiniBiz (defunct). 3 Julai 2014.
  8. ^ "Merdeka 118 Tower set to open late-2023". The Star. 5 Ogos 2022. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  9. ^ "KL118 Tower - The Skyscraper Center". skyscrapercenter.com.
  10. ^ Rani, Nur Amirah Abd (2021-09-03). "Merdeka 118 mercu tanda integrasi masa depan" [Merdeka 118, landmark of future integration]. Berita Harian. Dicapai pada 2021-12-01.
  11. ^ Ngui, Yantoultra (2021-11-30). "Malaysia completes Merdeka Tower cone". Bloomberg News. Dicapai pada 2021-12-01.
  12. ^ a b Rahim, Rahimy (2021-11-30). "PM: Completion of Merdeka 118 tower spire, the world's second-tallest building, a 'proud moment'". The Star. Dicapai pada 2021-11-30.
  13. ^ a b c PM: 118-storey Warisan Merdeka to generate economic opportunities for all. TheStar.com.my
  14. ^ "End-to-End BIM Improves Project Design of 2nd Tallest Building in the World Under Construction in Malaysia". gwprime (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-02. Dicapai pada 2022-03-01.
  15. ^ "Merdeka 118 Tower set to open mid-2023". The Star. 5 August 2022. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  16. ^ "Merdeka 118 super-tall tower: What you need to know". 10 Januari 2023.
  17. ^ "Malaysia Chronicle | A place to speak up on Politics, Business, Social". 30 September 2020.
  18. ^ "Amenities : Merdeka 118". Merdeka 118. Dicapai pada 13 September 2021.
  19. ^ "Malaysia to Get New Iconic Landmark KL118". www.kl118.com.my. 18 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2016.
  20. ^ "New PNB skyscraper to meet the demand for space - Daily Express Newspaper Online, Sabah, Malaysia". dailyexpress.com.my. 13 Januari 2015.
  21. ^ "Malaysia Chronicle | A place to speak up on Politics, Business, Social". 30 September 2020.
  22. ^ "Underground jewels for the Klang Valley MRT - Features - The Star Online". thestar.com.my. 4 Mac 2015.
  23. ^ "This unconventional 'kampung' is Kuala Lumpur's next property hot spot". The Edge Markets. 2019-12-20. Dicapai pada 2021-10-14.
  24. ^ "Set to be one of the world's tallest buildings in 2022". www.arup.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-14.
  25. ^ Skyscraper Center "KL118 Tower - The Skyscraper Center". skyscrapercenter.com.
  26. ^ "A spectacular blend of the historic and contemporary in the heart of Kuala Lumpur with approximately one million sq ft of retail opportunities". 118 Mall. Dicapai pada 8 September 2021.
  27. ^ "Menara Merdeka 118, Bangunan kedua tertinggi Dunia selepas Burj Khalifa? In faktanya…". Sinar Plus (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-02. Dicapai pada 2021-10-03.
  28. ^ NEAPOLI SDN BHD "NEAPOLI TO HELP BUILD THE WORLDS THIRD TALLEST BUILDING". neapoli.com.
  29. ^ "Technical : Merdeka 118 building". www.merdeka118.com.
  30. ^ http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/13/Pintaras-shares-up-after-bagging-RM74mil-job/
  31. ^ http://www.theedgemalaysia.com/business-news/279917-pintaras-wins-rm74m-pnb-warisan-merdeka-tower-contract.html
  32. ^ http://www.nst.com.my/node/62851
  33. ^ http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=420872:six-in-the-running-to-build-pnbs-rm3-bil-kl118-skyscraper&Itemid=3#axzz3MghD2hMR

Pautan luar

Read other articles:

Harry GarsonLahir1882Rochester, New York, Amerika SerikatMeninggal21 September 1938(1938-09-21) (umur 55–56)Los Angeles, California, Amerika SerikatPekerjaanSutradaraTahun aktif1920-1934Suami/istriClara Kimball Young (menikah pada 1920–bercerai pada 1927) Harry Garson (1882 – 21 September 1938) adalah seorang sutradara dan produser asal Amerika Serikat.[1] Ia menyutradarai 29 film antara 1920 dan 1934, dan memproduksi 11 film sebelum itu. Ia lahir di Rochester...

 

1984 single by Scandal The WarriorSingle by Scandalfrom the album Warrior B-sideLess Than HalfReleasedJune 1984Genre Pop-rock[1] new wave[2] Length 4:00 (album version) 3:35 (7-inch version) LabelColumbiaSongwriter(s) Nick Gilder Holly Knight Producer(s)Mike ChapmanScandal singles chronology Win Some, Lose Some (1983) The Warrior (1984) Hands Tied (1984) The Warrior is a song by American rock band Scandal featuring Patty Smyth, from the album Warrior, written by Holly Knight a...

 

Prime Minister of Chad since 2024 Succès Masraسوكسيه ماسراMasra in 2021Prime Minister of ChadIncumbentAssumed office 1 January 2024PresidentMahamat DébyPreceded bySaleh KebzaboLeader of Les TransformateursIncumbentAssumed office 29 April 2018 Personal detailsBorn (1983-08-30) 30 August 1983 (age 40)ChadPolitical partyLes Transformateurs Succès Masra (Arabic: سوكسيه ماسرا; born 30 August 1983) is a Chadian economist and politician who has served as the Pri...

Ek Rishtaa: The Bond of LovePoster filmSutradaraSuneel DarshanProduserSuneel DarshanDitulis olehSuneel DarshanPemeranAmitabh BachchanAkshay KumarRaakheeJuhi ChawlaKarisma KapoorMohnish BahlPenata musikNadeem-ShravanSinematograferSameer ReddyPenyuntingSanjay SanklaDistributorShree Krishna InternationalTanggal rilis18 Mei 2001Durasi174 menitNegaraIndiaBahasaHindiPendapatankotor₹1,407 milyar (US$20 juta)[1] Ek Rishtaa: The Bond of Love (Indonesia: Satu hubungan: Tulang Cinta...

 

هذه المقالة تحتاج للمزيد من الوصلات للمقالات الأخرى للمساعدة في ترابط مقالات الموسوعة. فضلًا ساعد في تحسين هذه المقالة بإضافة وصلات إلى المقالات المتعلقة بها الموجودة في النص الحالي. (نوفمبر 2018)   لمعانٍ أخرى، طالع مقاطعة كربون (توضيح). مقاطعة كربون    علم   الإح...

 

Puteri Indonesia 2024Harashta Haifa Zahra, Puteri Indonesia 2024Tanggal8 Maret 2024[1]TempatPlenary Hall, Jakarta Convention Center, Jakarta, IndonesiaTemaNusantara: The Authentic Beauty of IndonesiaPembawa acaraChoky SitohangPatricia GouwPengisi acaraTiara AndiniLestiBaimAdinda CresheillaOni n Friends OrchestraTamuAndrea RubioAndrea AguileraLuma RussoBùi Thị Xuân HạnhTrần Việt Bảo HoàngPenyiaranSCTVVidioYouTubePeserta41Finalis/Semifinalis16Tidak tampilSuma...

Norwegian newspaper DagsavisenTypeDaily newspaperFormatTabloid (1990–present)Owner(s)Mentor Media (91.01%), Stiftelsen Dagsavisen (8.99%)[1]EditorEirik Hoff Lysholm[2][3]Founded1884Political alignmentLabour (1887-1990s)Independent (1999-)HeadquartersOslo, NorwayCirculation20,497 (2015)[4]Websitewww.dagsavisen.no Dagsavisen is a daily newspaper published in Oslo, Norway. The former party organ of the Norwegian Labour Party, the ties loosened over time from...

 

Peta infrastruktur dan tata guna lahan di Komune Nieul.  = Kawasan perkotaan  = Lahan subur  = Padang rumput  = Lahan pertanaman campuran  = Hutan  = Vegetasi perdu  = Lahan basah  = Anak sungaiNieul merupakan sebuah komune di departemen Haute-Vienne di Prancis. Lihat pula Komune di departemen Haute-Vienne Referensi INSEE lbsKomune di departemen Haute-Vienne Aixe-sur-Vienne Ambazac Arnac-la-Poste Augne Aureil Azat-le-Ris Balledent La Bazeuge Beaumont-du...

 

WonosamodroKecamatanPeta lokasi Kecamatan WonosamodroNegara IndonesiaProvinsiJawa TengahKabupatenBoyolaliPemerintahan • CamatEKO DODI APRIYANTOPopulasi • Total... jiwa jiwaKode Kemendagri33.09.22 Kode BPS3309181 Luas... km²Desa/kelurahan10 Wonosamodro (Jawa: ꦮꦺꦴꦤꦺꦴꦱꦩꦺꦴꦢꦿꦺꦴ) adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia. Kecamatan ini adalah kecamatan baru yang terbentuk dari 10 desa Kecamatan Wonosegoro. Pem...

County in South Dakota, United States County in South DakotaCharles Mix CountyCountyCharles Mix County Courthouse in Lake AndesLocation within the U.S. state of South DakotaSouth Dakota's location within the U.S.Coordinates: 43°13′N 98°35′W / 43.21°N 98.59°W / 43.21; -98.59Country United StatesState South DakotaFounded1862 (created)1879 (organized)Named forCharles Eli MixSeatLake AndesLargest cityWagnerArea • Total1,150 sq mi (3,...

 

First edition (publ. Henry Holt & Co.) Taking It All In is the seventh collection of movie reviews by the critic Pauline Kael and contains the 150 film reviews she wrote for The New Yorker between June 9, 1980, and June 13, 1983. She writes in the Author's Note at the beginning of the collection that, it was a shock to discover how many good ones there were, as well as observing that only a very few of the movies she liked were box office successes - E.T. the Extra-Terrestrial, Tootsie, S...

 

Questa voce o sezione sugli argomenti rivoluzionari e giornalisti francesi non cita le fonti necessarie o quelle presenti sono insufficienti. Puoi migliorare questa voce aggiungendo citazioni da fonti attendibili secondo le linee guida sull'uso delle fonti. Segui i suggerimenti del progetto di riferimento. Paul Lafargue ritratto da German Fehrenbach Paul Lafargue (Santiago di Cuba, 15 gennaio 1842 – Draveil, 25 novembre 1911) è stato un rivoluzionario, giornalista, scrittore, saggist...

Greek table tennis player Panagiotis GionisGionis in 2016Personal informationFull namePanagiotis GionisNickname(s)Gio, The DefentistNationality GreeceBorn (1980-01-07) 7 January 1980 (age 44)Athens, GreeceHeight1.88 m (6 ft 2 in)Weight85 kg (187 lb)Table tennis career Playing styleShakehandEquipment(s)Butterfly Petr Korbel FL blade; Butterfly Tenergy 05 Hard (Black, FH); Butterfly Feint Long II (Red, BH) [1]Highest ranking18 (November 2014)...

 

For other uses, see How Are You (disambiguation). 1986 single by The KinksHow Are YouSingle by The Kinksfrom the album Think Visual B-sideKilling Time (UK)Working at the Factory (US)Released22 December 1986RecordedJanuary 1986 and June–August 1986 at Konk Studios, LondonGenreRockLength4:27LabelMCA / Davray Music Ltd.Songwriter(s)Ray DaviesProducer(s)Ray DaviesThe Kinks singles chronology Rock 'n' Roll Cities (1986) How Are You (1986) Lost and Found (1987) How Are You is the seventh track on...

 

The following tables list the results of opinion polls for the presidential, legislative, and municipal elections conducted since October 2022 in reverse chronological order for the 2024 Salvadoran general election. The party with the highest percentage is listed in bold and displayed with its background shaded, and the party with the second highest percentage is listed in bold. The lead column shows the percentage between the parties with the first and second highest percentages. For legisl...

У названия этой статьи существуют и другие значения, см. Твоё имя (значения). Твоё имя 君の名は。(Кими но на ва)Kimi no Na waYour NameЖанр / тематикаромантическая драма, приключения, мистика Анимационный фильм Режиссёр Макото Синкай Сценарист Макото Синкай Продюсер Гэнки Кавамура, Ка�...

 

Yayasan LontarJenisOrganisasi nirlabaPendiriGoenawan Susatyo MohamadSapardi Djoko DamonoUmar KayamSubagio SastrowardoyoJohn H. McGlynnKantorpusatJl. Danau Laut Tawar No. 53, Pejompongan, Jakarta 10210 IndonesiaWilayah operasiDuniaSitus webhttp://www.lontar.org/ Yayasan Lontar adalah organisasi independen dan nirlaba yang berkedudukan di Jakarta, Indonesia. Tujuan utama Lontar adalah untuk mempromosikan sastra dan budaya Indonesia melalui penerjemahan karya-karya sastra Indonesia dengan sasara...

 

Mauro CachiNazionalità Argentina Altezza166 cm Peso66 kg Calcio RuoloAttaccante Squadra Fénix CarrieraGiovanili 20??-2018 Juv. Antoniana Squadre di club1 2018-2019 Juv. Antoniana5 (0)2020-2021 Barracas Central5 (0)2021 Dep. Maipú22 (1)2022 Rampla Juniors24 (1)2023 Albion28 (4)2024- Fénix8 (1) 1 I due numeri indicano le presenze e le reti segnate, per le sole partite di campionato.Il simbolo → indica un trasferimento in prestito. Statistiche a...

Permen gula - kristal besar gula yang dihasilkan dari larutan pekat, sering disebut permen batu di Amerika. Permen gula adalah jenis permen yang bahan utamanya adalah gula. Permen ini dihasilkan dari larutan gula pekat.[1] Jenis utama dari permen gula adalah permen keras, fondant, karamel, jeli, dan nougat.[2] Permen gula adalah sub-jenis permen, yang meliputi permen gula serta cokelat, permen karet dan makanan manis lainnya. Permen juga adalah sub-jenis makanan manis, yang j...

 

Der ewige Jude(Yahudi Abadi)SutradaraFritz HipplerDitulis olehEberhard TaubertNaratorHarry GiesePenata musikFranz R. FriedlSinematografer Albert Endrejat Anton Hafner Robert Hartmann Friedrich Carl Heere Heinz Kluth Erich Stoll Heinz Winterfeld Svend Noldan (tak disebutkan) Penyunting Hans Dieter Schiller Albert Baumeister PerusahaanproduksiDeutsche Filmherstellungs- und Verwertungs- GmbH (DFG)[1]DistributorTerra FilmTanggal rilis 28 November 1940 (1940-11-28) Durasi65 meni...