Sebelum Burj Khalifa , Taipei 101 terdahulu mempunyai tongkop tertinggi di dunia
Puncak menara atau tongkop [ 1] ialah struktur tinggi yang runcing tajam di atas bumbung bangunan atau menara, khususnya di kemuncak menara gereja .[ 2] Tongkop boleh mempunyai pelan segi empat , bulatan , atau poligon , dengan bentuk kerucut atau limas secara kasar.[ 2] Tongkop biasanya diperbuat daripada kerja batu atau binaan bata , ataupun struktur balak dengan salutan logam , jubin seramik , sirap atap , atau sabak di bahagian luar.[ 2]
Rujukan
^ Wilkinson, Richard James (1932). "tongkop" . A Malay-English dictionary (romanised) . II . Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 601 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^ a b c Curl, James Stevens; Wilson, Susan, penyunting (2015), "spire" , A Dictionary of Architecture and Landscape Architecture (dalam bahasa Inggeris) (ed. 3rd), Oxford University Press, doi :10.1093/acref/9780199674985.001.0001 , ISBN 978-0-19-967498-5 , dicapai pada 2020-05-27