Menara Alor Setar ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina oleh Telekom Malaysia dengan kos RM40 juta.[5]
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara telekomunikasi ini merupakan yang ke-2 tertinggi di Malaysia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandaraya Alor Setar. Di menara ini, pelawat dapat menikmati pemandangan indah Bandaraya Alor Setar. Kemudhan yang yang terdapat di menara adalah Sky View Revolving Hall, Megaview Banquet Hall dan Star View kotak kaca yang terletak di pelantar terbuka. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 105 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk segemal padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.
Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Siap | |
---|
Dalam pembinaan | |
---|
Pembinaan digantung | |
---|
Dicadangkan | |
---|
Dirobohkan | |
---|