Wisma Sanyan (Jawi:ويسما سنيان) (Mandarin: 三洋大厦) adalah bangunan kedua tertinggi di negeri Sarawak.[1] Terletak di bandar Sibu, bangunan ini mempunyai kapasiti sebanyak 10,000. Bangunan ini juga merupakan bangunan yang ke-48 tertinggi di Malaysia.
Dibuka pada tahun 2001, bangunan ini menempatkan pelbagai tempat, di antaranya ialah pusat membeli-belah, restoran, hotel dan pejabat. Ia juga merupakan ibu pejabat Sanyan Group, yang merupakan salah satu daripada syarikat kayu terbesar Sarawak. Ia juga menempatkan Parkson dan Pasaraya Besar Giant.
Selain itu, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Agama Negeri Sarawak dan juga pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) juga berpengkalan di sini.
Gelaran Wisma Sanyan sebagai bangunan tertinggi di Sarawak akan diambil oleh Menara Vivacity 2 (Vivacity 2 Tower), iaitu menara ikonik serba moden setinggi 50 tingkat yang terletak berhampiran dengan Vivacity Megamall Kuching, apabila projek ini siap sepenuhnya.
Galeri
Rujukan
Koordinat: 2°17′26″N 111°49′31″E / 2.29056°N 111.82528°E / 2.29056; 111.82528