Marlboro (Jawi: مارلبوروcode: ms is deprecated ) ialah sebuah jenama rokok yang terkenal dan terbesar di dunia. Ia dibuat oleh Philip Morris USA (sebuah cawangan Altria) di Amerika Syarikat, dan oleh Philip Morris International (kini berasingan daripada Altria) di luar Amerika Syarikat. Ia dilancarkan pada tahun 1924. Ia terkenal dengan periklanan dan penajaansukan permotoran. Richmond, Virginia adalah lokasi kilang Marlboro terbesar.
Sejarah
Syarikat ini dimulakan pada 1846 oleh Philip Morris, seorang pedagang tembakau dan rokok gulung yang membuka sebuah kedai di Bond Street, London. Berikutan kematiannya akibat barah pada tahun 1873, perniagaannya diwarisi adiknya Leopold dan balu Philip, Margaret di mana dua-dua mereka turut membuka sebuah kilang untuk barangan mereka di Great Marlborough Street;[1] rokok Marlboro dinamakan sempena peringkasan nama tempat ini.[1]