Namun, spesies ini sebelumnya dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN, kerana terdapat kurang daripada 2,500 ekor yang dewasa dan semakin menurun dengan anggaran 20% lebih 2 generasi.[3] Markhor ialah haiwan kebangsaan Pakistan.
Taksonomi
Aegoceros (Capra) Falconeri ialah nama saintifik yang dicadangkan oleh Johann Andreas Wagner pada 1839 berdasarkan seekor spesimen betina dari banjaran Himalaya India.[4]
Beberapa subspesies telah dikenal pasti, selalunya berdasarkan tatarajah tanduk, tetapi telah ditunjukkan bahawa ia boleh berubah-ubah dengan ketara walaupun dalam populasi yang sama yang terbatas di satu banjaran gunung.[5]