Margaret, Lady Brooke, Rani Sarawak (1849 – 1936) adalah RaniPutih kedua Sarawak pasangan kepada Raja Charles Anthony Johnson Brooke. Beliau mengabdikan memoirnya dengan menerbitkan Hidup Saya di Sarawak (My Life in Sarawak) pada tahun 1913, yang memberikan gambaran sepintas lalu kehidupan dalam Astana di Kuching dan tanah jajahan Borneo.
Rani tersebut menjadi legenda semasa hayatnya sebagai seorang wanita yang tabah dan bijak, dan juga dalam keadaan yang luar biasa sebagai keluarga diraja berdarah Serani.
Brooke sangat mencintai isterinya. Astana telah dibina khas untuk beliau sebagai hadiah perkahwinan mereka dan Fort Margherita juga di Kuching, dinamakan sempena namanya.
Latar belakang
Dinamakan Margaret Alice Lili de Windt, beliau merupakan anak perempuan Kapten Joseph Clayton Jennyns de Windt dari Blunston Hall dan Elizabeth Sarah Johnson. Abangnya Harry de Windt, merupakan peneroka terkenal.
Margaret de Windt berkahwin dengan Rajah Charles di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober tahun 1869. Beliau telah ditabalkan sebagai Rani Sarawak semasa perkahwinan mereka. Beliau tiba di Sarawak pada awal tahun 1870-an.
Koninklijk Genootschap voor Geslacht- en Wapenkunde, Nederlandse Genealogieen 11, Den Haag 1996 (Literature regarding Broek-De Wind)
M. R. H. Calmeyer, de Wind, de Windt, de Wint, Name: De Nederlandsche Leeuw; Location: The Nederlands; Date: 1981;, Pag 23. Co - Author Mr. O. Schutte.