Serangan pengganas 11 September 2001 menyebabkan seramai 2,996 orang maut, termasuk 19 orang penyerang dan 2,977 orang mangsa.[1] Mangsa-mangsa terdiri daripada yang berikut: 246 di keempat-empat pesawat (dan tiada yang terselaamt), 2,606 di Bandar Raya New York baik di dalam menara mahupun di darat, dan 125 lagi di Pentagon.[2][3] Kesemua korban dalam serangan itu ialah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh di Pentagon.[4]
Lebih 90 buah negara kehilangan warganegaranya di World Trade Center.[5] Pada tahun 2007, pejabat pemeriksaan perubatan Bandar Raya New York menambahkan Felicia Dunn-Jones ke dalam jumlah kematian rasmi serangan 11 September. Dunn-Jones meninggal pada Februari 2002 akibat masalah paru-paru yang disebabkan oleh debu yang terlepas oleh Pusat Dagangan Dunia.[6] Leon Heyward, yang mati akibat limfoma pada 2008, ditambahkan ke dalam jumlah kematian rasmi pada tahun 2009.[7]
Kematian
World Trade Center
Sebelum Menara Berkembar runtuh, kira-kira 200 orang melompat keluar berani mati daripada bangunan yang terbakar itu, lalu mendarat atas jalanan dan bumbung bangunan berdekatan dari ratusan kaki tingginya.[8] Menurut saksi, sesetengah mereka yang jatuh dari menara itu kelihatan jatuh bergolek atau melompat keluar dari tingkap yang pecah.[8] Sesetengah penghuni yang berada di atas kawasan hempasan di setiap menara bergegas ke arah tingkat bumbung dengan harapan diselamatkan oleh helikopter, tetapi pintu ke bumbung dikunci. Pegawai Lembaga Pelabuhan cuba membuka kunci pintu itu tetapi dihalang oleh sistem. Apatah lagi, aasap yang tebal dan haba yang melampau mungkin menyukarkan pendaratan helikopter.[9]
Cantor Fitzgerald L.P., sebuah bank pelaburan di tingkat 101–105 1 World Trade Center, kehilangan 658 orang kakitangan, iaitu jauh lebih ramai daripada mana-mana majikan yang lain.[10] Marsh Inc. yang terletak di bawah Cantor Fitzgerald sahaja di tingkat 93–101 (lokasi terhempasnya Penerbangan 11), kehilangan 355 orang kakitangan dan pakar runding, sementara Aon Corporation pula hilang 175 orang pekerja.[11] Risk Waters sedang mengadakan persidangan "Windows on the World" ketika serangan berlaku, dihadiri 81 orang.[12][13]
John P. O'Neill ialah seorang bekas pembantu pengarah FBI yang membantu dalam penangkapan Ramzi Yousef, dan ketua keselamatan World Trade Center sewaktu beliau terkorban ketika cuba menyelamatkan orang dari Menara Selatan.[14] 24 orang lagi masih disenaraikan sebagai hilang.[15]
Purata usia mangsa korban di New York adalah 40 tahun.[16] Semuamangsa yang maut termasuk 8 kanak-kanak: iaitu 5 dalam American 11 yang berusia 3 hingga 11, dan 3 dalam United 175 yang berusia 2, 3, dan 4 tahun.[17] Mangsa termuda ialah kanak-kanak 2 tahun dalam Penerbangan 175, sementara yang tertua adalah berusia 82 tahun dalam Penerbangan 11. Di dalam bangunan pula, mangsa termuda berusia 17 tahun dan yang tertua pula 79 tahun.[18]
Purata jumlah orang dalam World Trade Center pada hari kerja yang biasa sebelum 11 September ialah 50,000.[19] Bilangan orang yang benar-benar di dalam World Trade Centre pada masa serangan pula lebih sukar dianggarkan.
Pentagon
Daripada 125 mangsa di Pentagon, 70 ialah orang awam dan 55 lagi kakitangan tentera.[20]Leftenan JeneralTimothy Maude merupakan pegawai tentera berpangkat tertinggi yang dibunuh di Pentagon.[21]
Sebanyak 2,752 sijil kematian difailkan berhubungan serangan 9/11,[40] setakat Februari 2005. Daripada itu, 1,588 (58%) dikenal pasti secara forensik daripada saki-baki manusia yang dijumpai semula.[41][42] Associated Press melaporkan bahawa pihak bandaraya mempunyai "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak dikenal pasti yang tidak boleh dipadankan dengan senarai mangsa yang maut."[43]
^Siegel, Aaron (11 September 2007). "Industry honors fallen on 9/11 anniversary". InvestmentNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-14. Dicapai pada 13 Jun 2011.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
^"Remembering the Lost". Timothy J. Maude, Lieutenant General, United States Army. Arlington National Cemetery. September 22, 2001. Dicapai pada 2001-04-16.
^Cashman, Greer Fay (September 12, 2002). "Five Israeli victims remembered in capital". The Jerusalem Post. The Jerusalem Post. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-11-04. Dicapai pada October 17, 2006. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)