Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting
Majelis Ulama Indonesia (singkatan MUI; Arab: مجلس العلماء الإندونيسيcode: ar is deprecated Majlis al-ʿUlama' al-Indunīsī) adalah lembaga bebas dan mandiri yang mengumpulkan para ulama, pembesar dan cendekiawan Islam serata Indonesia untuk membimbing, membina, dan memayungi umat Islam di Indonesia. Badan ini diasaskan pada 17 Rejab 1395 Hijriah atau 26 Julai 1975 Masihi di Jakarta, Indonesia.[1] Sesuai dengan tugasnya, MUI membantu pemerintah dalam melakukan hal-hal berkaitan kemaslahatan umat Islam, seperti mengeluarkan fatwa dalam status halal sesuatu makanan,[2] penentuan kebenaran sebuah aliran dalam agama Islam,[3] dan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan seorang muslim dengan sekelilingnya.[4]
Sampai masa ini, Majelis Ulama Indonesia mengalami beberapa kali kongres atau musyawarah nasional, dan mengalami beberapa kali pergantian Ketua Umum. Dari musyawarah tersebut, terhasilnya suatu kesepakatan untuk membentuk wadah tempat bermusyawarahnya para ulama, pembesar dan cendekiawan muslim, yang tertuang dalam sebuah piagam yang ditandatangani oleh seluruh peserta musyawarah yang kemudian disebut "Musyawarah Nasional Ulama I".
Peranan
Pembentukan majlis ini di bawah aturan pemerintah republik Indonesia menyatakan tiga tujuan umum:
Memperkuat agama dengan cara yang dijelaskan falsafah kebangsaan Pancasila untuk memastikan suatu "ketahanan nasional".
Penglibatan para ulama negara dalam pembangunan nasional.
Mempertahankan keharmonisan antar umat beragama di Indonesia.[5]
Perubahan dalam masyarakat awam setelah jatuhnya Suharto telah memperluas peranan MUI dan membuatnya semakin kompleks. MUI memberikan fatwa kepada masyarakat Islam; dengan cara ini mereka menentukan arah umum kehidupan umat Islam di Indonesia.[6]
MUI (khususnya sejak kejatuhan Suharto) telah memberikan pendapat dan mengeluarkan fatwa tentang pelbagai masalah, mulai dari peranan Tentara Indonesia dalam pemerintahan, penerimaan awam terhadap tarian bintang pop Inul Daratista, sampailah kepada hukum berdosanya pembakar hutan yang tidak sah di sisi undang-undang.[7][8]
Tugas
Pengabdian Majelis Ulama Indonesia tertuang dalam tujuh tugas, iaitu:[9]
sebagai pengawal bagi penganut agama Islam
sebagai pemberi edukasi dan pembimbing bagi penganut agama Islam
sebagai penjaring pengiat ("kader") yang lebih baik
sebagai pemberi solusi bagi masalah keagamaan di dunia internasional
sebagai perumus konsep pendidikan Islam
sebagai pengawal kandungan tersebar dalam media massa
sebagai organisasi yang menjalankan kerjasama dengan organisasi keagamaan
Ketua Umum
Berikut ini adalah daftar Ketua Umum Majelis Ulama Indonesia Pusat sejak 1975 sampai sekarang.[10]
MUI adalah organisasi yang didanai pemerintah Indonesia yang bertindak secara bebas mandiri daripada campur tangan pemerintah tersebut. Namun dalam beberapa situasi, MUI diminta untuk menyokong dasar-dasar kemukaan pemerintah. Contoh dari keadaan ini (yang akhirnya menyebabkan gesekan dalam tubuh MUI sendiri) adalah permintaan pemerintah Indonesia agar MUI mendukung program kawalan kelahiranKeluarga Berencana kerana banyak kalangan tokoh agama berpengaruh dalam negara ini menolak beberapa aspek dari program ini.[11]
^“Islamic state or state Islam? Fifty years of state-Islam relations in Indonesia”, in: Ingrid Wessel (Hrsg.), Indonesien am Ende des 20. Jahrhunderts. Hamburg: Abera-Verlag, 1996, pp. 19-34.
^Gillespie, P 2007, "Current Issues in Indonesian Islam: Analysing the 2005 Council of Indonesian Ulama Fatwa N0. 7" Journal of Islamic Studies Vol 18, No. 2 pp. 202-240.
^Gillespie, P 2007, "Current Issues in Indonesian Islam: Analysing the 2005 Council of Indonesian Ulama Fatwa N0. 7" Journal of Islamic Studies Vol 18, No. 2 pp. 202-240.
^“Islamic state or state Islam? Fifty years of state-Islam relations in Indonesia”, in: Ingrid Wessel (Hrsg.), Indonesien am Ende des 20. Jahrhunderts. Hamburg: Abera-Verlag, 1996, pp. 19-34.