Pada 20 November 1942 Hitler sekali lagi mengarah penyusunan semula barisan selatan di Soviet Union. Arahan tersebut adalah seperti berikut: "antara Kumpulan Tentera Darat A dan B di muara sungai Don mesti dihantar Kumpulan Tentera Darat yang lain".
Satu-satunya panglima Kumpulan Tentera Darat Don ialah Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Erich von Manstein. Ia terdiri daripada Tentera Darat Ke-6 Jerman dalam kelompok Stalingrad, yang mana termasuk elemen-elemen Tentera Darat Ke-4 Panzer yang terkepung, bersama-sama dengan Tentera Darat Ke-3 Romania.[1]
Marsyal Zhukov menyatakan, "Kita kini tahu rancangan Manstein untuk menyelamatkan angkatan yang terkepung di Stalingrad adalah menyusun dua pasukan gempur - di Kotelnikovo dan Tormosin." Percubaan itu gagal sama sekali."[2]
^Adam, Wilhelm; Ruhle, Otto (2015). With Paulus at Stalingrad. Diterjemahkan oleh Tony Le Tissier. Pen and Sword Books Ltd. m/s. 113. ISBN9781473833869.
^Zhukov, Georgy (1974). Marshal of Victory, Volume II. Pen and Sword Books Ltd. m/s. 133,137. ISBN9781781592915.