Kumpulan Tentera Darat D telah ditubuhkan pada 26 Oktober 1940 di Perancis, kader awalnya datang dari Kumpulan Tentera Darat C yang dibubarkan.
Pada 15 April 1941, status Kumpulan Tentera Darat D telah di naik taraf. Dari tarikh itu, Panglima Kumpulan Tentera Darat D juga dianggap sebagai Oberbefehlshaber West (atau OB WEST - Panglima Tertinggi Barisan Barat). Hasil daripada ini, Kumpulan Tentera Darat D kadangkala dirujuk dengan salah sebagai Kumpulan Tentera Darat Barat.