Stesen-stesen keretapi utama di Lembah Klang, Malaysia; dan negara-negara lain
Dianjurkan oleh
Random Alphabet (2012-2016) LOCCO (2017-kini)
Dianjurkan sempena
Meraikan kebudayaan dan kepelbagaian di Malaysia pada Hari Malaysia (sejak 2017)
Kaedah
Memakai kain tradisional Malaysia, sarung menaiki kereta api di tempat-tempat berkumpul tertentu
Keretapi Sarong ialah sebuah acara aksi rasa kilas tahunan yang dianjurkan seluruh Malaysia dengan mengenakan pakaian tradisional sarung sebagai bahan utama menaiki kereta api pada hari-hari tertentu bagi menyambut kepelbagaian dan keharmonian budaya di sana.[1] Ia mula dianjurkan pada 2012, dan terhenti selama tiga tahun sebelum dianjurkan semula dan menjadi semakin berkembang selepas peralihan penganjur utama acara bermula 2017.[2]
Sejarah
Keretapi Sarong mula diperkenalkan pada 2012 diilhamkan pelangsungan No-Pants Subway di Bandar Raya New York pada 2002 di mana orang ramai berkereta api tanpa berseluar selama sehari.[1][3][4] Ia dianjurkan oleh Random Alphabets, sebuah kumpulan seni gerila yang tidak melibatkan sebarang keuntungan.[1]
Pada 2013, Keretapi Sarong turut dianjurkan lanjut di bandar-bandar luar negara selain Malaysia termasuk London, Melbourne, Washington DC, Boston dan Philadelphia untuk perkhidmatan kereta api masing-masing.[3] Pada penganjuran 2014 pula, 12 buah bandar raya seluruh dunia telah terlibat dalam acara ini seperti Tokyo, Dublin, Amsterdam dan London.[1]
Selepas tiga tahun tidak dianjurkan, Keretapi Sarong memulakan semula penganjurannya bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta memartabatkan busana asli iaitu sarung pada 2017. Ia dianjurkan sempena Hari Malaysia oleh Local Companion (LOCCO), sebuah komuniti pertubuhan bukan kerajaan. Lima stesen telah dijadikan tempat berkumpul orang ramai yang ingin mengikuti acara iaitu Stesen LRT Subang, Puchong Prima, Gombak (laluan Kelana Jaya), Ampang (laluan Ampang) dan Bandar Utama[2] dan berkumpul beramai-ramai di MRT Muzium Negara.[5]
Penganjuran 2020-an
Keretapi Sarong tidak dianjurkan pada 2020 dan 2021 berikutan wabak COVID-19 pada tahun-tahun itu.[6] Ia dianjurkan semula pada 2022 dengan tema "Malaysia zaman retro", dengan kawasan Pavilion Kuala Lumpur sebagai tempat himpunan akhir didatangi kira-kira 5,000 orang hadirin.[7] Temasya ini juga menyaksikan peluasan penganjuran ke luar Lembah Klang, dengan penganjuran pertama kali di stesen Ipoh.[8]
Program ini turut mendapat sambutan daripada penyedia perkhidmatan kereta api di Malaysia, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) sejak awal penganjurannya.[3] Pada penganjuran 2017, ia turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai penganjur bersama.[5] Pada penganjuran 2023, lebih 20 kumpulan daripada pelbagai latar kehidupan turut bekerjasama dengan penganjur seperti Baba Nyonya Selangor, Pertubuhan Suara Hindu Bersatu Malaysia, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Anugerah Fesyen Kreatif Malaysia dan KL Sketch Nation.[10]
Rujukan
^ abcdRoshinee Mookaiah; Tam Xueh Wei (2014-05-06). "Sarong party time". R.AGE (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 2023-09-20.