Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai (atau Kereta Api Kelajuan Tinggi Jinghu) ialah sebuah perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi sepanjang 1,318-kilometer (819 bt) yang menghubungkan dua zon ekonomi utama di Republik Rakyat China, iaitu Lingkaran Ekonomi Bohai dan Delta Sungai Yangtze.[3] Pembinaan bermula pada 18 April 2008,[4] dan upacara menandakan penyiapan paduan runut diadakan pada 15 November 2010.[5] Landasan ini dibuka kepada awam untuk perkhidmatan komersil pada 30 Jun 2011.[6] Landasan keretapi ini merupakan landasan kelajuan tinggi terpanjang di dunia yang dibina dalam satu fasa.[7][8][9]
Spesifikasi
Beijing–Shanghai High-Speed Railway Co., Ltd. bertanggungjawab atas pembinaannya. Projek ini dijangka menelan belanja 220 bilion yuan (sekitar $32 bilion). Keretapinya dijangka digunakan oleh 220,000 orang penumpang sehari,[3] iaitu dua kali ganda muatan semasa.[10]ada waktu kemuncak, tren seharusnya berjalan setiap lima minit.[10] 1,140 km, atau 86.5% landasan adalah ditinggikan. Terdapat 244 batang jambatan di sepanjang aliran. Jambatan Besar Danyang–Kunshan yang panjangnya 164km ialah jambatan terpanjang di dunia,[11] jambatan jejambat yang panjangnya 114km di antara Langfang dan Qingxian adalah yang kedua terbesar di dunia, dan jejambat di antara Jalan Lingkaran Keempat Beijing dan Langfang adalah yang kelima terpanjang. Landasan ini juga merentasi 22 batang terowong yang berjumlah 16.1 km. 1,268 km panjangnya adalah tanpa balast.
Menurut Zhang Shuguang, timbalan ketua pereka rangkaian landasan kelajuan tinggi China, kelajuan operasi berterusan yang direka adalah 350 km/j (220 mph), dengan kelajuan maksimum 380 km/j (240 mph). Purata kelajuan komersil dari Beijing ke Shanghai dirancangkan pada 330 km/j (210 mph), yang mana masa perjalanan akan disusutkan daripada 10 jam kepada 4 jam.[12] Pusingan stok yang digunakan di aliran ini merupakan tren CRH380. Sistem kawalan tren berasaskan CTCS-3 digunakan di aliran ini untuk membolehkan kelajuan maksimum 380 km/h dan selang keretapi minimum 3 minit. Dengan penggunaan kuasa sebanyak 20 MW dan muatan sekitar 1,050 orang penumpang, penggunaan tenaga sepenumpang dari Beijing ke Shanghai adalah kurang daripada 80kWh.
Stesen
Terdapat 24 stesen di sepanjang aliran.[2][13] Aliran ini mempunyai dua kelajuan perkhidmatan, iaitu 250 km/h dan 300 km/h. Tren 250 km/h membuat hentian tempatan dan mengambil tidak lebih 8 jam untuk menghabiskan perjalanan sepenuhnya dari Beijing ke Shanghai. Keretapi 300 km/h pula hanya membuat satu hentian di tengah-tengah aliran, iaitu di Selatan Nanjing, dan hanya memakan masa 5 jam untuk membuat perjalanan penuh.
^ ab铁运电 [2011] 70号:关于公布京沪高铁车站站名的通知 Transport Bureau of the Ministry of Railways, Telegram [2011] No. 70: Notice on the announcement of station names of Beijing–Shanghai High-Speed Railway
^(Cina)Zhang, Shuguang (2009). 京沪高速铁路系统优化研究 (dalam bahasa Chinese). China Railway Press. m/s. 10. ISBN978-7-113-09517-8. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
^Yang Lifei (2008-01-14). "High speed city link even faster". Shanghai Daily (dalam bahasa English dan translated from article). Shanghai Daily. Dicapai pada 2008-09-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
^(Cina)关于京沪高速铁路与沪宁城际铁路昆山段具体走向及站点设置的说明Diarkibkan 2011-06-18 di Wayback Machine ("Regarding the tracks alignment and the stations on the Kunshan section of the Beijing-Shanghai High-Speed Railway and the Shanghai-Nanjing Intercity Railway ...")