Edisi Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan telah diadakan di Uruguay sebagai tuan rumah bermula pada 17 Januari 1967 sehingga 2 Februari 1967. Kejohanan ini dimenangi oleh pasukan Uruguay manakala pasukan Argentina merupakan naib johan.
Pasukan Brazil dan Peru tidak menyertai kejohanan pada kali ini manakala kejohanan ini merupakan edisi Copa America yang pertama disertai oleh pasukan Venezuela.
Setiap pasukan akan melawan pasukan yang lain. Dua mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu mata kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.