Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1920 merupakan edisi keempat kejohanan untuk negara-negara di benua Amerika Selatan. Ia telah diadakan di Valparaiso, Chile dari 11 September hingga 3 Oktober 1920.
Negara-negara yang mengambil bahagian tuan rumah Chile, Argentina, Uruguay dan Brazil sebagai juara bertahan. Uruguay kembali merampas takhta juara kejohanan daripada Brazil, sekaligus menjadikan pasukan itu juara untuk kali ketiga dalam empat kali kejohanan ini diadakan. Ángel Romano merupakan penjaring terbanyak bersama rakan sepasukan José Pérez, dengan 3 gol, mengulangi pencapaiannya pada tahun 1917.