Edisi ke-19 Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan telah diadakan di Buenos Aires, Argentina bermula dari 12 Januari 1946 hingga 10 Februari 1946. Edisi kali tidak memberi sebarang trofi kepada johan keseluruhan tetapi ianya tetap dianggap kejohanan rasmi oleh CONMEBOL.
Setiap pasukan akan melawan pasukan yang lain. Dua mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu mata kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.