After 1944 Refit:
8 × 127 mm (5.0 in)/40 cal meriam dua kegunaan
50 × 25 mm (0.98 in) meriam anti pesawat
Pesawat yang dibawa:
33 (27 sedia, 6 tambahan)
Kemudahan penerbangan:
2 × lif
Shinyo (神鷹code: ja is deprecated ) adalah kapal pengangkut pesawat pengiring yang dikendali oleh Tentera Laut Imperial Jepun, yang diubah dari kapal penumpang JermanScharnhorst. Kapal penumpang tersebut telah terperangkap di Kure, Japan dengan meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, yang menghalang sebarang cubaan bagi kapal tersebut untuk kembali ke Jerman. Tentera laut Jepun kemudiannya membeli kapal tersebut, dan selepas Pertempuran Midway pada Jun 1942, memutuskan bagi menukarnya sebagai kapal induk. Kerja pengubahan berlangsung dari 1942 sehingga akhir 1943, dan Shinyo ditauliahkan pada Tentera laut Jepun pada Disember 1943. Selepas memasuki perkhidmatan, Shinyo ditugaskan sebagai kapal induk pengiring di Pasifik barat. Ia bertugas selama kurang dari setahun ; pada November 1944, kapal selam US Spadefish melepaskan torpedo ke arah Shinyo ketika ia dalam perjalanan ke Singapura. Sebanyak hingga empat torpedo mengenai kapal dan meledakkan tangki bahan api penerbangannya. Letupan yang terhasil memusnahkan kapal dan membunuh kebanyakan anak kapalnya.
Ciri-ciri
Selepas pembinaan semula, Shinyo adalah sepanjang 606 ka 11 in (184.99 m) between perpendiculars and 621 ka 3 in (189.36 m) overall. Ia memiliki rasuk sepanjang 84 ka (26 m) dan Sesaran air 26 ka 10 in (8.18 m). Dek penerbangan sepanjang 590.5 kali 80.5 ka (180.0 kali 24.5 m) turut dipasang bersama dengan sepasang lif dan satu hanger besar. Aturan ini membolehkan 27 pesawat tempur dan enam rangka pesawat tambahan dimuatkan, bagi jumlah keseluruhan 33 kapal terbang.
Kapal ini dibekal kuasa oleh sepasang turbin bergear yang menggunakan wap yang dibekalkan oleh empat dandang. Sistem tujahan menghasilkan 26,000 shaft horsepower (19,000 kW)* dan kelajuan maksima 22 knot (41 km/j; 25 mph)*. Pada kelajuan 19 kn (35 km/j; 22 mph), kapal ini mampu bergerak sekitar 9,000 batu nautika (17,000 km; 10,000 bt). Dandang suhu tinggi, tekanan tinggi yang asal ternyata bermasalah dan dengan itu pihak Jepun menukarkannya tidak lama selepas Shinyo disiapkan. Pengendalian dikawal oleh satu kemudi.Polmar, Genda, et al., p. 262Gröner, p. 74
Shinyo hanya dilengkapi dengan lapan meriam dua kegunaan 127 mm (5.0 in) pada empat tenggekan Type 89 berkembar. Ia turut membawa tiga puluh meriam anti-pesawat 25 mm (0.98 in) pada 10 tenggekan kembar tiga. Kemudian, dua belas meriam 25 mm (0.98 in) tambahan pada tenggekan tunggal turut ditambah. Apabila Shinyo dikemaskan pada Julai 1944, lapan lagi meriam 25 mm ditambah, menjadikan jumlah keseluruhan meriam anti pesawatnya sebanyak 50.Stille, p. 43
Sejarah perkhidmatan
Scharnhorst merupakan kapal penumpang yang dikendali oleh Norddeutscher Lloyd pada tahun 1930-an. Ia terperangkap di Jepun selepas meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah pada September 1939. Tentera laut Jepun membeli kapal ini pada 7 Februari 1942, Jentschura, Jung & Mickel, p. 60 di bawah perjanjian bahawa mereka akan membayar Norddeutscher Lloyd dua kali ganda nilai kapal selepas perang berakhir. Kapal ini bertujuan untuk digunakan sebagai kapal pengangkut tentera, tetapi selepas kekalahan Jepun dalam Pertempuran Midway, pihak Tentera laut memutuskan untuk menukarkannya sebagai kapal induk pengiring.Stille, p. 42
Kerja penukaran pada Scharnhorst bermula pada September 1942 di Dermaga Tentera laut Kure. Besi dari badan kapal tempurkelas Yamato digunakan dalam proses pengubahsuaian. Kerja berlangsung sehingga Disember 1943, dan kapal yang dibina semula ditauliahkan dalam Tentera laut Jepun pada 15 Disember 1943.Gardiner, p. 186. Reka bentuk Scharnhorst adalah serupa dengan kapal penumpang Jepun bagi kelas-Nitta Maru, yang juga diubah suai pada kapal induk pengiring kelas-Taiyō, dengan itu penukarannya turut menggunakan pelan yang sama. Perbezaan utama adalah pengekalan mesin tujahan asal, dan tambahan bonjol luaran yang membantu meningkatkan kestabilan.
Pada 1 November 1943, Shinyo disediakan bagi ujian di laut dan melakukan kruis penyesuaianshake-down cruise.Tully Kapal ini kemudian ditauliah terima oleh armada pada 15 November 1943, dan kemudiannya ditugaskan pada Pemerintah Pengiring Utama pada 20 Disember. Untuk enam bulan pertama pada tahun 1944, kapal ini mengadakan pergerakan latihan di Pulau Tanah Air. Pada 13 Julai 1944, ia mengiringi konvoi Hi-69, termasuk kapal induk pengiring Taiyō and Kaiyo, which were carrying additional aircraft for the Philippines. Shinyo ditugaskan bagi memberikan litupan udara bagi konvoi tersebut. Konvoi tersebut tiba pada 20 Jula; pada 25 haribulan, Shinyo berlepas dengan konvoi yang lain, menghala ke Singapura. Ia tiba pada 31 haribulan, dan berlepas kembali empat hari berikutnya dengan konvoi Hi-70. Konvoi itu terdiri dari lapan pengangkut, mengarah ke Moji; Shinyo diikuti oleh sepasang penjajap ringan light cruiser dan beberapa kapal lebih kecil. Konvoi itu tiba pada 15 Ogos, sementara Shinyo memasuki Kure pada hari berikutnya.
Pada 8 September, Shinyo mengirigi konvoi Hi-75, yang terdiri daripada sembilan kapal bekalan dan beberapa kapal pembinasa dan kapal lebih kecil, belayar ke arah Singapura. Pada 13 hari bulan, konvoi singgah sekejab di Takao, Formosa, sebelum berlepas pada hari yang sama. Konvoi tersebut tiba pada 22 September. Satu lagi konvoi, Hi-76, berlepas dari Singapura ke Moji pada 3 Oktober, dengan Shinyo dan beberapa kapal pembinasa mengiringinya. Konvoi tersebut singgah sekejab di Mihara pada 19–20 Oktober; pada 22 hari bulan, Shinyo berlepas dari konvoi dan bergerak ke angkalan udara Saiki, dan tiba pada 24 Oktober. Pada hari berikutnya, ia berlepas ke Kure. Ketika di sana, ia mengisi bahan api dan perbekalan. Pada 7 November, ia diarah bagi melindungi kapal induk Jun'yō kembali.
Pada 9 November, ia ditugaskan pada konvoi Hi-81, membawa kapal terbang bagi Filipina. Empat belas kapal terbang pengebom torpedo B5N "Kate" ditugaskan pada kapal tersebut bagi operasi tersebut. Konvoi tersebut berlepas dari Jepun pada 14 November.
Kapal pengiring terdiri daripada enam kapal pembinasa, melindungi tujuh kapal pengangkut tentera yang membawa division tentera dan sebuah kapal tangki minyak. On 15 November, ketika di East China Sea, sebuah kapal selam US menengelamkan satu daripada kapal pengangkut; dua hari kemudian , sebuah lagi kapal pengangkut ditenggelamkan dan kapal tangki rosak. Kemudian pada malamnya, Shinyo ditorpedo dan ditenggelamkan oleh kapal selam USS Spadefish.Polmar, Genda, et al., p. 454 Kapal selam tersebut menembak sehingga empat torpedo secara berturutan. Tangki bahan api kapal induk tersebut meletup dan memulakan kebakaran besar yang membinasakan kapal dan membunuh kebanyakan kaki-tangannya. Hanya 70 orang dari 1,200 pegawai dan kaki-tangan terselamat. Shinyo tenggelam dengan pantas quickly buritan dahulu. Spadefish cuba menyerang konvoi itu lagi tetapi dihalau oleh pengiringnya. Shinyo secara rasmi dikeluarkan daftar tentera laut pada 10 Januari 1945.
Nota kaki
Rujukan
Gardner, Robert (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN0-87021-913-8.
Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN0-87021-790-9.
Jentschura, Hansgeorg; Jung, Dieter; Mickel, Peter (1977). Warships of the Imperial Japanese Navy, 1869–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN0-87021-893-X.
Polmar, Norman; Genda, Minoru; dll. (2006). Aircraft Carriers : A History of Carrier Aviation and its Influence on World Events. Washington, DC: Potomac Books. ISBN1-57488-663-0. Explicit use of et al. in: |last3= (bantuan)
Stille, Mark (2006). Imperial Japanese Navy Aircraft Carriers: 1921–1945. Oxford: Osprey Books. ISBN1-84176-853-7.