Kapal-kapal dalam kelas ini telah dibaringkan di Nikolayev South (Shipyard No.444). Kapal pertama telah dilancarkan pada tahun 1965 dan dinamakan Moskva (Rusia: Москва, lit. 'Moscow'code: ru is deprecated ; ia memasuki perkhidmatan dua tahun kemudian. Moskva diikuti oleh Leningrad (Rusia: Ленинград, lit. 'Leningrad'code: ru is deprecated , yang mana telah ditauliahkan pada akhir tahun 1968; tiada lagi kapal dibina selepasnya, ekoran laporan mengatakan prestasi buruknya di laut terbuka. Kedua-dua kapal ini dijanakuasa oleh janakuasa konvensional.
Moskva bukan sebuah "kapal pengangkut pesawat" tulen kerana ia tidak membawa sebarang pesawat kepak kaku; keseluruhan sayap udaranya terdiri daripada helikopter. Ia direka bertujuan untuk bertindak sebagai kapal dalam peperangan anti kapal selam (ASW), dan persenjataan dan sut penderianya dioptimakan untuk menghadapi ancaman kapal selam nuklear. Peranan strategiknya adalah untuk mempertahankan bastionkapal selam peluru berpandu balistik Soviet terhadap serangan kapal selam penyerang Barat.[perlu rujukan]
Kapal-kapal dalam kelas
Kedua-dua kapal berkhidmat dalam Armada Laut Hitam. Leningrad telah dibersarakan pada tahun 1991 dan Moskva pada tahun 1996. Leningrad dilupuskan pada 1995 dan Moskva pada 1997. Kapal ketiga yang dinamakan Kiev telah dibatalkan pada tahun 1969, yang bertujuan untuk dijadikan sebuah kapal peperangan anti permukaan. Kelas Moskva kemudian digantikan oleh kelas Kiev yang lebih besar.