Kanibalisme merupakan sebuah fenomena di mana satu makhluk hidupmemakan makhluk sejenis yang lain (yakni anjing yang memakan anjing atau manusia yang memakan manusia).
Secara etimologinya kata "kanibal" merupakan kata pungutan Bahasa Belanda daripada akar Bahasa Sepanyol iaitu Caníbales, suatu nama untuk puak Carib[1] yang wujud dalam rantau Caribbean (juga asal nama ini) yang dketahui perilaku pemakanan sebegini oleh para peneroka Sepanyol yng memerhati.
Kelaziman dalam kalangan haiwan
Fenomena ini telah dicatat dalam sebanyak lebih 1,500 spesieshaiwan yang diketahui.[2]
Akibat persaingan
Pemangsaan makhluk sejenis lazim diperhatikan berlaku dalam suatu taburan terbatas dalam suatu lingkungan setempat yang boleh tertimbulnya permasalahan akibat perebutan sumber yang sama sesama penghuni sehabitat dari segi perbilangan[3] atau hubungan dalam sesuatu kawan.[4] Fenomena ini biasa melibatkan anak hidupan yang masih bernyawa mahupun yang sudah lahir mati ataupun yang keguguran, malah juga semasa dalam peringkat telur yang dieram.[5] Ia juga lazim di habitat-habitat ekosistem laut.
Perilaku ini boleh menjejaskan perbezaan taburan yang ujud secara setempat dari serendah 8% (tupai spesies Urocitellus beldingi) sampailah sebanyak 95% (larvapepatung) di serata taksa hidupan.[6]
Semasa pembiakan
Pemangsaan dan pemakanan pasangan sering berlaku dalam kalangan labah-labah serta invertebrata lain termasuk gastropoda (misalnya mentadak dan kala jengking)[7] semasa tempoh menarik perhatian pasangan ataupun semasa kedua-dua pasangan mengawan. Perilaku ini lazim dilakukan pasangan betina ke atas pasangan jantan, namun ada juga situasi sebaliknya dalam pemerhatian terkawal dalam makmal.[7][8][9]
Kelaziman dalam kalangan manusia
Fenomena ini turut diberi nama anthropophagus (pinjaman Bahasa Yunani ανθρωποφαγία - gabungan anthrôpos, "manusia" dan phagein, "makan").
Ada beberapa petunjuk bahawa kanibalisme secara ritual juga pernah muncul di beberapa tempat rangkuman Indonesia moden termasuk pulau Jawa, Bali dan Sulawesi.
Alfonso de Albuquerque mencatatkan semasa pemerhatiannya di Melaka bahawa kerajaan tersebut menjalankan hukuman mati terhadap pesalah laku berat secara dimakan sekumpulan kanibal yang ditangkap dari kerajaan Aru.[10][11]
Kes-kes di atas ini merupakan kes keterpaksaan dengan kata lain, fenomena ini berlaku kerana mereka yang terlibat dalam kanibalisme kehabisan bahan makanan. Lain pula halnya dengan kematian anak leleki seoreng jutawan Rockefeller di Irian Barat atau Papua pada tahun 1965 di antara suku Asmat dan kes-kes kecelaruan jiwa di seluruh dunia yang dibincangkan di bawah ini.
Kes-kes kanibalisme moden
Selain kes kanibalisme kerana keadaan terpaksa, ada pula beberapa kes yang terjadi kerana pelakunya terkena pengaruh kelainan jiwa.
^Polis, G. A. (1981). "The evolution and dynamics of intraspecific predation". Annual Review of Ecology and Systematics (12): 225–251.
^David Claessen, A. M. De Roos, and L. Persson, Population dynamic theory of size-dependent cannibalism. Proceedings of the Royal Society of London Series B-Biological Sciences 271 (1537), 333-340 (2004)
^V. H. W. Rudolf, Consequences of stage-structured predators: Cannibalism, behavioral effects and trophic cascades. Ecology 88, 2991-3003 (2007)
^Rohwer, S. (1978). "Parent Cannibalism of Offspring and Egg Raiding as a Courtship Strategy". American Naturalist (112): 429–440.
^G. A. Polis, The evolution and dynamics of intraspecific predation. Annual Review of Ecology and Systematics 12, 225-251 (1981)
^ abElgar, M. A.; Crespi, B. J. (1992). Cannibalism: ecology and evolution among diverse taxa. Oxford [England]; New York: Oxford University Press.