Kampung Padang Tok La merupakan sebuah kampung yang terletak di Pasir Mas, dalam Kelantan, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampong Padang Tok La[1] ada lah sebuah kampong di jajahan Pasir Mas Kelantan Malaysia. Ianya asal sebuah kampong tradisi yang di diami 1500 orang penduduk. Kampong ini berjarak 2 kilometer dari bandar Pasir Mas menghala ke Jalan Pasir Pekan dan Kota Bharu. Asal nama itu ialah dari sebuah kawasan sawah padi seluas 300 ekar yang dipanggil padang oleh penduduk tempatan.
Di pinggir sawah yang luas itu tinggal seorang peneroka asal kampong bernama Tok Jalal. Beliau dan keluarga adalah peneroka asal dan membuka hutan untuk ditanam padi tuggalan. Ia itu kaeadah tanam padi musim hujan dengan membuat lubang dengan kayu tunjang tajam dan di masuk benih padi. Padi akan tumbuh di musim hujan dan dapat dituai selepas musim itu. Kampong yang berusia 250 tahun itu berubah dengan pergerakan masa. Penduduk di kampong ini 70% ada pertalian darah. Mereka berkawin antara keluarga dan jiran. Perkahwinan sepupu, dua pupu dan waris adalah perkara lazim. Oleh sebab itu sehingga sekarang pun hanya 30 % sahaja penduduk baru yang bermustautin yang tidak mempunyai hubungan darah.
Kemudahan asas
Pendidikan
Tempat beribadat
Poskod
Poskod yang digunakan di Kampung Padang Tok La, Pasir Mas, Kelantan ialah 17000.[2]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Jajahan | |
---|
Bandar | |
---|
Zon Khas | |
---|
Bahagian pilihan raya | |
---|