Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Mei 2020)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Jepun itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|ja|神 (神道)}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Kami (神code: ja is deprecated ) merupakan kuasa atau roh ghaib yang disanjung dan dipuja dalam anutan Shintoisme, baik dari unsur-unsur dan fenomena alam sekitar mahupun sebarang jasad (being) berciri tersendiri lagi-lagi daripada leluhur atau orang yang telah meninggal dunia. Kuasa-kuasa ini dipercayai tidak terasing daripada alam malah merupakan sebahagian alam ini dengan ciri-ciri positif dan negatif hasil penzahiran musubi (結びcode: ja is deprecated ) dianggap yang menghubungankan segala benda dalam alam semesta.[1]
Kami dipercayai tersembunyi dari dunia ini, dan mendiami satu alam selari yang melengkapi dunia manusia iaitu shinkai (神界code: ja is deprecated , "alam dewata").[2]
Kepercayaan
Terdapat lima ciri utama kami-kami mengikut kepercayaan dahulu kala:[3]
Kami mempunyai dua sifat: yang lembut memelihara dan mengasihi apabila dihormati (nigi-mitama) atau menyebabkan kehancuran dan ketidakharmonian ketika diabaikan (ara-mitama). Mereka mesti ditenangkan untuk mendapatkan kebaikan dan menghindari kemarahan mereka.[4]:130
Kami tidak dapat dilihat oleh alam manusia, tetapi sebaliknya berada di tempat-tempat berkeramat, terzahir dalam fenomena alam mahupun dikunjungi orang yang meminta restu dalam upacara tertentu.
Mereka sering mengunjungi tempat-tempat pemujaan tetapi tidak pernah tinggal di sesuatu tempat ini selama-lamanya.
Terdapat banyak jenis kami - sebanyak 300 jenis kelas berbeza yang tersenarai dalam Kojiki didasarkan peranan tersendiri (misalnya yang mengawal angin, pintu masuk, jalan raya dsb).
Semua kami mempunyai tugasan wajib berbeza terhadap orang sekitar mereka didasarkan perumahan mereka.
Pemujaan
Para pemuja mengunjungi suatu kuil atau tempat keramat tertentu (神社, shinsha atau jinja) di mana mereka menyucikan diri (basuh tangan dan berkumur) sebelum menunduk tepuk sambil membacakan hajat mereka kepada dewata diingini.[2]:197 Pemanjatan ini turut boleh dilakukan di rumah dengan suatu altar khusus (神棚, kamidana).[2]:28, 84
Ada juga upacara tertentu yang dilakukan bertujuan sama oleh orang ditugaskan khusus sebagai perantara[5] baik dalam kalangan lelaki mahupun perempuan,[5] namun ia seringkali rumit dan memakan banyak masa untuk diajar.[6][perlu rujukan]
^Boyd, James W.; Williams, Ron G. (1 January 2005). "Japanese Shintō: An Interpretation of a Priestly Perspective". Philosophy East and West. 55 (1): 33–63. doi:10.1353/pew.2004.0039. JSTOR4487935.