Amaterasu (天照code: ja is deprecated ), Amaterasu-ōmikami (天照大神/天照大御神/天照皇大神code: ja is deprecated ), atau Ōhirume-no-muchi-no-kami (大日孁貴神code: ja is deprecated ) ialah dewi kitaran mitos Jepun dan juga dewi utama (kami) agama Shinto. Dia dilihat sebagai dewi matahari dan alam semesta. Nama Amaterasu terbit daripada Amateru yang bermakna "bersinar di syurga". Makna penuh namanya, Amaterasu-ōmikami, ialah "dewi yang maha agung yang bersinar di syurga".[N 1] Menurut babad Kojiki dan Nihon Shoki dalam mitologi Jepun, Maharaja Jepun dianggap keturunan langsung Amaterasu.
^ama bermaksud "syurga"; tera ialah bentuk infleksi teru, "bersinar"; su ialah kata kerja tambahan hormatan yang menunjukkan hormat bagi pelaku; kemuudian, amaterasu bermaksud "bersinar di syurga"; ō bermaksud "besar" atau "hebat"; mi ialah awalan bagi makhluk mulia dan agung.[1]
Rujukan
^Akira Matsumura, penyunting (1995). Daijirin (dalam bahasa Japanese) (ed. 2nd). Sanseido Books. ISBN978-4385139005. Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)