Johan As'ari |
---|
Kelahiran | Johan Ariff bin As'ari (1986-12-03) 3 Disember 1986 (umur 38)
|
---|
Pekerjaan | Pelakon |
---|
Tahun aktif | 2010–kini |
---|
Ketinggian | 1.8 m (5 ka 11 in) |
---|
Ibu bapa |
- Datuk As'ari Ibrahim (bapa)
- Datin Firdaus Kader (ibu)
|
---|
Saudara |
- Farah Alya (kakak)
- Hazwan As'ari (adik)
|
---|
Johan Ariff bin Datuk As'ari (lahir 3 Disember 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datin Firdaus Kader dan Datuk As'ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Kehidupan awal
Johan dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan anak kedua daripada empat beradik kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman Abu Mansor. Kakaknya pernah bergelar pelakon pada tahun 2007 hingga 2009 iaitu Farah Alya As'ari. Menurut Johan, beliau mempunyai bakat bermain gitar dan piano serta boleh menyanyi sekadar suka-suka.
Kerjaya
Johan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun. Di situ, beliau melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran. Namun begitu beliau tidak sempat menamatkan pengajiannya lalu kemudiannya bergelar mahasiswa dalam bidang kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Demi minatnya yang mendalam terhadap lakonan, beliau sanggup menangguhkan pengajian peringkat diplomanya itu kerana beliau lebih meminati bidang lakonan berbanding kaunseling. Untuk itu Johan nekad untuk bermula dari bawah dalam industri perfileman.
Beliau berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir disamping kerap menyertai ujibakat pencarian bakat baru seperti Mentor, Akademi Fantasia dan juga Pilih Kasih. Bakatnya tidak disedari sehinggalah disunting oleh Filmscape milik pengarah terkenal Kabir Bhatia untuk memegang watak kecil dalam drama bersiri seram Penunggu Gunung Raya sekaligus menjadi drama pertama lakonan Johan. Menerusi Filmscape juga, pengarah Faisal Ishak[1] menyunting beliau untuk membintangi drama bersiri Juvana di TV3 memegang peranan sebagai Botak, pelajar nakal di sekolah Wira Bakti untuk pesalah juvana.
Sebelum siri TV tersebut ditayangkan Johan pernah hampir terpilih untuk membintangi filem Gerimis Mengundang arahan pengarah prolifik Ahmad Idham, namun hasratnya itu tidak kesampaian biarpun telah dipertemukan dengan heroin filem tersebut, iaitu pelakon Indonesia, Olivia Lubis Jensen.
Ternyata rezeki Johan ada pada Juvana. Ekoran publisiti terhadap lakonannya dalam drama bersiri yang mencecah rating tinggi setiap minggu tayangannya itu, nama Johan disebut-sebut dikalangan peminat dan pemerhati industri. Populariti yang diraih menerusi drama tersebut membolehkan Johan menyertai barisan pelakon-pelakon lelaki muda yang dikatakan bakal bergelar pelapis.
Dalam masa yang singkat, Johan berpeluang berkongsi karya dengan pelakon-pelakon tersohor seperti Eman Manan dalam telefilem Janjiku Pada Alwalid serta bergandingan bersama aktres Fasha Sandha dalam drama bersiri Cinta Elysa.
Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Johan menjayakan peranan utama sebagai Yasin dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[2][3]
Johan bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Sam.[4]
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2013, beliau pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Lana Nordin.[5]
Ibu beliau, Allahyarhamah Datin Firdaus Kader meninggal dunia pada Mei 2015 akibat angin ahmar.[6] Adik beliau, Hazwan berkahwin dengan pelakon, Adibah Yunus.[7]
Johan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Wan Sharmila ketika sama-sama menjayakan Jejak Karmila.[8]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2011
|
Janjiku Pada Alwalid
|
Atiq
|
TV3
|
Telefilem pertama
|
Kesuma Jiwa
|
Khali
|
TV1
|
|
Insaf
|
|
|
Tasbih Putih
|
Salim
|
Astro Prima
|
|
Jalan Songsang
|
Hud
|
TV3
|
|
Romeo & Makcik Juliet
|
|
TV9
|
|
Ajaibnya Cinta
|
Affendi
|
TV3
|
|
2012
|
50:50
|
|
TV1
|
|
Kau Untukku
|
Jefri
|
Astro Box Office
|
|
Tersalah Cinta
|
Duwen
|
TV3
|
|
Kampung Mangkuk Sengkuang
|
Awie
|
|
2013
|
Keroncong Untuk Ana
|
Amirul
|
Astro Prima
|
|
Karlos Bolos
|
Irwan Zaid/Karlos
|
TV3
|
|
Satu Hari Di Hari Raya
|
Syafiq
|
|
2014
|
Hitam
|
Daud
|
|
Selempang Kuning
|
Salleh
|
Astro Prima
|
|
Superstra
|
Amin
|
TV9
|
|
Hatiku Di Krabi
|
|
|
2015
|
7 Petola Cinta
|
Habibol
|
|
Lima Kali Cinta
|
Zarif
|
TV3
|
|
Ketupat Lemang
|
Aiman
|
TV9
|
|
Lafaznya Amin
|
Shafie
|
TV1
|
|
Cinta Riyadus Solihin
|
Talib
|
TV AlHijrah
|
|
Wan Embong
|
Ali
|
TV3
|
|
2016
|
Anak Ibu Buangan Ibu[11]
|
Shah
|
|
Hujan Malam Itu
|
Lokman
|
TV1
|
|
Aisha & Projek Dapur Ramadan
|
Yusof
|
TV9
|
|
Aku Bukan Rasul
|
Haziq
|
TV2
|
|
2017
|
Sinar Cinta
|
Syukri
|
TV9
|
|
Imam Samar-Samar
|
Azmi
|
|
Obses
|
Iskandar
|
HyppTV
|
|
2018
|
Muara
|
Qasim
|
TV Okey
|
|
3 Qul
|
Faiz
|
TV2
|
|
2019
|
Kecoh Malam Raya
|
Hariz
|
TV1
|
|
2020
|
Line Puaka
|
Idham
|
Astro Citra
|
|
2021
|
Maulidur Rasul Datang Lagi
|
|
TV3
|
|
Lagenda Puteri Bulan
|
|
Astro Ceria
|
|
2022
|
Permintaan Terakhir Abah
|
|
Awesome TV
|
|
Teater
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
2018
|
Sitora
|
Dr. Affendi
|
Televisyen
Muzik video
Drama radio
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Stesen Radio
|
2018
|
Drama Nur Hikmah: Mega Di Ufuk Timur
|
Hakim
|
IKIM.fm
|
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar