A. Galak |
---|
Kelahiran | Zakaria bin Ahmad (1941-11-29) 29 November 1941 (umur 83)
|
---|
Nama lain | Sarjan Misai |
---|
Pekerjaan | Pelakon, penolong pengarah, penyelaras aksi |
---|
Tahun aktif | 1959–kini |
---|
Pasangan | Rusimah Iskandar |
---|
Anak-anak | 5 |
---|
Ibu | Rokiah Jaafar |
---|
Bapa | Jaafar Abdullah |
---|
Zakaria Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Galak (lahir 29 November 1941) merupakan seorang pelakon, penolong pengarah dan penyelaras aksi lelaki Malaysia. Beliau turut dikenali dengan gelaran Sarjan Misai kerana penampilan misainya dalam drama-drama kepolisan.[1][2]
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan sebagai Zakaria bin Ahmad pada 29 November 1941 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Singapura sebelum kembali ke Malaysia. Beliau merupakan bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada 13 orang cucu.
Pada 27 Mei 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas diserang angin ahmar. Keadaan kesihatan beliau dilaporkan stabil.[3]
Ibu beliau, Rokiah Jaafar meninggal dunia pada 27 Julai 2020.[perlu rujukan]
Kerjaya
Mewarisi bidang lakonan daripada arwah ibunya, Rokiah Jaafar yang menjadi heroin filem Antara Senyum dan Tangis dan Putus Harapan, seangkatan dengan Kasma Booty.[4] A. Galak memulakan kerjaya awalnya di Studio Jalan Ampas di bahagian solekan untuk lelaki. Beliau menjaga pakaian dan sesekali menyolek para pelakon. Beliau pernah menyolekkan Aziz Jaafar dan Dato' Ahmad Mahmud.
Beliau seterusnya menjadi pelakon tambahan dalam filem Nujum Pak Belalang, Ali Baba Bujang Lapok, Gerak Kilat, Aksi Kuching dan A-Go-Go '67[5] sekaligus menjadi penari untuk sesetengah babak. Waktu itu beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon secara serius. Beliau hanya berlakon secara suka-suka sahaja.
Apabila Studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1967, beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup. Beliau turut menyertai Persatuan 4PM dan Persatuan Ali Fiji sebagai penari yang sering mengadakan persembahan di sekitar Singapura ketika itu. Malah beliau pernah menyertai kursus tarian di Kuala Kubu Baru selama sebulan.
Pada tahun 1984, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap di sana. Beliau tidak memilih kerja, Deddy M. Borhan dari Sabah Film Productions dan menawarkan beliau berlakon dalam filem Azura. Beliau juga muncul dalam filem Darah Satria sebagai Sarjan Razak.
Rezekinya dalam bidang lakonan terus berkembang apabila Datuk Yusof Haslam memberi kepercayaan padanya untuk mengarah drama Debu-Debu Kotaraya, Remang-Remang Kota Raya dan berlakon dalam Roda-Roda Kotaraya.
Beliau meraih kemasyhuran pada 1999 apabila memegang watak Sarjan (kemudian Sub-Inspektor) Hashim dalam Gerak Khas di mana beliau telah membintanginya selama 13 tahun. Beliau membuat kemunculan semula dalam siri drama itu pada 2014. Selain itu, beliau muncul dalam dua filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[6]
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2010
|
Pak Nil Ibu Kirim Salam
|
|
Astro Prima
|
Telefilem pertama, penampilan khas
|
2015
|
Akhil Yang Bakhil
|
|
TV9
|
|
2017
|
Kalut Nak Raya
|
Atuk
|
Astro Warna
|
|
2023
|
Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa
|
Nayan
|
TV3
|
|
Televisyen
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2017
|
Sepahtu Reunion Live
|
Pegawai Imigresen
|
Astro Warna
|
Artis Jemputan: Episod: "Dari Keratong Ke Kota London"
|
2022
|
Kameo
|
Episod: "Budi Si Beca Antik"
|
Teater
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
2010
|
Sri Mersing
|
Pak Malau
|
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar