Kejohanan Kelayakan Hoki Piala Dunia 2002 merupakan pusingan kelayakan bagi negara yang bertanding untuk bermain di pusingan akhir Hoki Piala Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Kejohanan ini telah diadakan pada 17–29 Julai 2001 di Edinburgh, Scotland. Hanya tujuh pasukan terbaik sahaja yang layak bermain di pusingan akhir Hoki Piala Dunia 2002, Kuala Lumpur.
Pasukan Argentina telah menjuarai pertandingan ini selepas menewaskan Sepanyol 5–4 di dalam perlawanan akhir. Turut menyertai Argentina dan Sepanyol yang layak ke pusingan akhir Hoki Piala Dunia 2002 Kuala Lumpur adalah Poland, Belgium, India, Jepun dan New Zealand.
Kelayakan
Kecuali untuk benua Oceania, empat persekutuan benua masing-masing telah disyaratkan untuk menyertai pertandingan kelayakan ini berdasarkan Kedudukan Dunia FIH yang ditetapkan oleh FIH
↑1 – Zimbabwe terpaksa menarik diri kerana terdapat masalah kewangan. FIH telah menjemput New Zealand sebagai pasukan bagi menggantikan pasukan Zimbabwe.[1]