Hak mengundi wanita

Hak mengundi wanita ialah hak yang membenarkan kaum wanita mengundi bagi pihak mereka sendiri dalam sesebuah pilihan raya. Pada awal kurun ke-18, sesetengah negara-negara kuasa besar dunia berusaha mengubah undang-undang pengundian agar membenarkan wanita mengundi. Pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa ditubuhkan untuk menyelaraskan usaha ke arah hak tersebut terutamanya oleh Perikatan Hak Mengundi Wanita Antarabangsa yang ditubuhkan pada 1904 di Berlin, Jerman.[1]

Pergerakan hak mengundi

Aktivis British Emmeline Pankhurst mengembara didanai hasil penjualan rumahnya memperjuangkan hak undi wanita melalui ucapan di seluruh Britain dan Amerika Syarikat. Salah satu ucapannya yang paling terkenal, Freedom or death ("Merdeka atau Mati"), telah disampaikan di Connecticut pada tahun 1913.

Pergerakan hak mengundi adalah luas, terdiri daripada wanita dan lelaki dengan pelbagai pandangan. Dari segi kepelbagaian, pencapaian terbesar pergerakan hak mengundi wanita abad ke-20 adalah asas kelasnya yang sangat luas.[2]

Di dunia Barat

Di Britain, perjuangan kaum wanita menuntut hak mengundi sendiri saling ditelingkahkan sesama dua barisan: barisan pertama berusaha untuk mencipta perubahan secara halus dari dalam menggunakan wahana perlembagaan, manakala barisan kedua terdiri daripada para penggiat keras diketuai Emmeline Pankhurst yang mengasaskan Kesatuan Sosial dan Politik Wanita pada tahun 1903.[3] Pankhurst berpegang kuat kepada pendirian "tindakan, bukan perkataan" yang mendorong sebarang langkah yang maklum terhadap persoalan pemberian hak mengundi wanita di UK.[4][5]

Di Amerika Syarikat pula, Elizabeth Cady Stanton dan Lucretia Mott menganjurkan sidang juang hak wanita pada Julai 1848. Susan B. Anthony turut menyertai pergerakan ini tidak lama kemudian; ketiga-tiga mereka membentuk Persatuan Hak Mengundi Wanita Kebangsaan (National Woman's Suffrage Association, NWSA) pada Mei 1869 dengan matlamat mengolah pengungkapan dalam Pindaan ke-15 Perlembagaan Amerika Syarikat yang tidak menyebut atau memasukkan keberadaan wanita lantas tidak disenangi dan disanggah mereka. Pada masa yang sama, Persatuan Hak Mengundi Wanita Amerika (American Woman's Suffrage Association, AWSA) diasaskan oleh Lucy Stone, Julia Ward Howe dan Thomas Wentworth Higginson dengan tujuan menyokong pindaan ke-15 secara tertumpu pada peringkat tempatan.[6] Kedua-dua pertubuhan tersebut bersatu dan menamakan diri mereka sebagai Persatuan Hak Mengundi Wanita Amerika Kebangsaan (National American Woman Suffrage Association, NAWSA).[6]

Di seluruh dunia, Kesatuan Kesederhanaan Kristian Wanita (Women's Christian Temperance Union, WCTU), yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1873 berkempen untuk hak mengundi wanita, di samping memperbaiki keadaan pekerja seks.[7][8] Di bawah pimpinan Frances Willard, "WCTU menjadi pertubuhan wanita terbesar pada zamannya dan kini merupakan organisasi wanita yang berterusan tertua di Amerika Syarikat."[9]

Di Nusantara

Pulau-pulau Indonesia yang pada ketika itu masih dijajah Empayar Belanda pernah memberikan hak mengundi dalam majlis perbandaran (gemeenteraad) kepada para kaum wanita Belanda pada tahun 1905 berikutan usaha dilakukan Vereeninging voor Vrouwenkiesrecht di Belanda pada 1894; para anggota VVV bagaimanapun gagal menjalin hubungan dengan masyarakat pribumi jajahan Belanda apatah lagi memikat kepada perjuangan mereka. Badan Volksraad tetap menghalang wanita daripada mengundi demi para wakilnya. Perikatan Perempuan Indonesia ditubuhkan pada 1928 memperjuangkan hak wanita pribumi jajahan mengundi dalam majlis perbandaran sepertimana hak wanita Belanda. Hak ini akhirnya dikurniakan kepada semua kaum wanita tanpa mengira lapisan bangsa pada November 1941 dengan kiraan kelayakan milik tanah dan pendidikan.[10]

Masyarakat wanita Singapura diberikan hak mengundi serentak dengan kaum lelaki oleh pihak British pada 18 Julai 1947 (untuk memilih wakil Majlis Undangan)[11] berikutan pemisahan Singapura daripada Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan Mahkota diperintah tersendiri pada tahun 1946.[12]

Kaum wanita di Tanah Melayu terus diberikan hak mengundi bersama kaum lelaki pada 1955 yang diadakan pilihan raya umum pada ketika itu sebelum merdeka tahun 1957, ia masih diteruskan dengan pembentukan Malaysia tahun 1963.[13]

Rujukan

  1. ^ Sneider, Allison (2010). "The New Suffrage History: Voting Rights in International Perspective". History Compass (dalam bahasa Inggeris). 8 (7): 692–703. doi:10.1111/j.1478-0542.2010.00689.x. ISSN 1478-0542.
  2. ^ Dubois, Dumneil 2012, p. 474.
  3. ^ Pugh, Frances (14 Julai 2008). "The real Mrs Pankhurst" (dalam bahasa Inggeris). Newstatesman.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2008. Dicapai pada 8 Januari 2011.
  4. ^ Maroula Joannou, June Purvis (1998) The women's suffrage movement: new feminist perspectives Diarkibkan 28 Mei 2016 di Wayback Machine, p. 157. Manchester University Press, 1998.
  5. ^ Van Wingerden, Sophia A. (1999) The women's suffrage movement in Britain, 1866–1928. Palgrave. Ch 1. ISBN 9780312218539.
  6. ^ a b "Woman Suffrage and the 19th Amendment". Arkib Negara Amerika Syarikat. 15 Ogos 2016. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  7. ^ Marion, Nancy E.; Oliver, Willard M. (2014). Drugs in American Society: An Encyclopedia of History, Politics, Culture, and the Law (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 963. ISBN 978-1-61069-596-1. LCCN 2014017383. OCLC 881440055. OL 31023540M.
  8. ^ Blocker, Jack S.; Fahey, David M.; Tyrrell, Ian R. (2003). Alcohol and Temperance in Modern History: An International Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 978-1-57607-833-4. OCLC 436851206. OL 8746894M.
  9. ^ Burlingame, Dwight (2004). Philanthropy in America: A Comprehensive Historical Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 511. ISBN 978-1-57607-860-0. LCCN 2004013557. OCLC 55665302. OL 3293714M.
  10. ^ Blackburn, Susan (1999). "Winning the Vote for Women in Indonesia". Australian Feminist Studies. 14 (29): 207–218. doi:10.1080/08164649993443.
  11. ^ Tan, Netina (2016). "Why Are Gender Reforms Adopted in Singapore? Party Pragmatism and Electoral Incentives". Pacific Affairs. 89 (2): 369–93. ISSN 0030-851X.
  12. ^ "History of general elections in Singapore". Infopedia. Lembaga Perpustakaan Negara Singapura. Dicapai pada 2024-10-12.
  13. ^ Okpe, Victor Vincent; Muhammad Fuad Othman; Nazariah Osman (2021). "An assessment into women political participation in Malaysian democratic governance". e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 18 (5): 21–36.