HMS King George V (nombor pennant 41) adalah kapal sulung dari lima kapal tempur British kelas-King George VRoyal Navy. Mula dibina pada tahun 1937 dan ditauliahkan pada 1940, King George V beroperasi semasa Perang Dunia II dalam semua kancah utama peperangan, iaitu Atlantik, Mediterranean dan Pasifik, serta sebahagian daripada Armada Utama dan Armada Pasifik British. Pada Mei 1941, bersama-sama dengan HMS Rodney, King George V terlibat dalam usaha mencari dan memburu Kapal tempur Jerman Bismarck, di mana akhirnya menyebabkan kerosakkan teruk yang mengakibatkan kapal Jerman itu tenggelam. Pada 1 Mei 1942 kapal pembinasaHMS Punjabi karam selepas bertembung dengan King George V semasa dalam keadaan berkabus. King George V mengambil bahagian dalam Operasi Husky (iaitu pendaratan tentera Bersekutu di Sicily) dan mengebom pulau Levanzo dan pelabuhan Trapani. Ia juga mengiringi sebahagian armada Itali yang menyerah kalah, yang terdiri daripada kapal tempur Andrea Doria dan Duilio, ke Malta. Pada tahun 1945 King George V mengambil bahagian dalam operasi terhadap Jepun di Pasifik.
King George V telah dijadikan kapal pemerintah Armada Utama British pada 1 April 1941, ia kekal begitu sehingga perang berakhir dan menjadi sebuah kapal latihan pada November 1947.[3]
Campbell, John. (1985). Naval Weapons of World War Two. London: Conway Maritime Press. ISBN0-87021-459-4.
Chesneau, Roger. (2004). Ship Craft 2: King George V Class Battleships. Chatham Publishing. ISBN1-86176-211-9
Chesneau, Roger, ed. (1980). Conway's All the World's Fighting Ships 1922–1946. Greenwich: Conway Maritime Press. ISBN0-85177-146-7.
Garzke, William H., Jr.; Dulin, Robert O., Jr. (1980). British, Soviet, French, and Dutch Battleships of World War II. London: Jane's. ISBN0-7106-0078-X
Lenton, H.T.; Colledge, J.J. (1973). Warships of World War II (ed. Second). London: Ian Allan. ISBN0-7110-0403-X.
Molony, Brigadier C.J.C.; Flynn, Captain F.C. (R.N.); Davies, Major-General H.L. & Gleave, Group Captain T.P. (2004) [1st. pub. HMSO:1973]. Butler, Sir James (penyunting). The Mediterranean and Middle East, Volume V: The Campaign in Sicily 1943 and The Campaign in Italy 3rd September 1943 to 31st March 1944. History of the Second World War, United Kingdom Military Series. Uckfield, UK: Naval & Military Press. ISBN1-84574-069-6.
Hobbs, Davis (2017). The British Pacific Fleet: The Royal Navy's Most Powerful Strike Force. Barnsley, UK: Seaforth Publishing. ISBN978-1-5267-0283-8.
Raven and Roberts (1976). British Battleships of World War 2: The Development and Technical History of the Royal Navy's Battleships and Battlecruisers from 1911 to 1946. Weidenfeld & Nicolson. ISBN978-0-85368-141-0.
Tarrant, V.E. (1991). King George V-class battleships. London: Arms and Armour Press. ISBN1-85409-026-7.