Gunung berapi Acotango
Gunung berapi Acotango merupakan yang ditengah dan tertinggi dalam kumpulan gunung berapi strato yang merentasi sempadan Bolivia dan Chile. Ia memiliki ketinggian 6,052 meter (19,856 ka). Kumpulan ini dikenali sebagai Kimsa Chata dan terdiri daripada tiga gunung: gunung berapi Acotango, gunung berapi Umurata (5,730 meter (18,799 ka)) di utaranya dan gunung berapi Cerro Capurata (5,990 meter (19,652 ka)) di selatannya. Kumpulan gunung berapi itu terletak di sepanjang jajaran utara-selatan. Gunung berapi Acotango banyak mengalami hakisan, tetapi aliran lava di sebelah utara adalah morfologi muda, menunjukkan Acotango aktif pada zaman Holocene.[1] Gunung berapi ini merupakan laluan mendaki popular di Taman Negara Sajama dan Taman Negara Lauca. Untuk mendaki puncak dari sebelah Chile adalah merbahaya kerana periuk api, tetapi ia adalah agak selamat untuk mendaki puncak dari sebelah Bolivia.[2] Pendakian dari selatan bermula melalui glasier dan melepasi lombong tembaga terbengkalai. Adalah dipercayai bahawa Pedro Rosende, seorang penjelajah Chile, menemui sisa kayu api di puncak gunung berapi Acotango. Oleh kerana itu, ia dipercayai bahawa gunung itu mungkin telah menjadi salah satu daripada kawasan perlindungan Andean Incan tinggi. Walau bagaimanapun, lebih banyak penerokaan diperlukan untuk mengesahkan maklumat ini.[3]
Rujukan
|