Gunung Trusmadi merupakan sebuah gunung yang terletak di Tambunan, Bahagian Pedalaman, Sabah. Ia merupakan gunung kedua paling tinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter dari aras laut.[1]
Jenis hutan
Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.
Pendakian
Pendakian Gunung Trusmadi boleh dilakukan melalui tiga laluan:-
- Laluan Kaingaran (Tambunan): berjarak 4.9 km daripada titik mula ke puncak.
- Laluan Mastan (Keningau): berjarak 4.3 km daripada titik mula ke puncak.
- Laluan Mannan (Sinua, Sook): berjarak 11.3 km daripada titik mula ke puncak.[2]
Rujukan
Pautan luar