Bahagian Pedalaman adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Bahagian ini meliputi kawasan barat daya negeri Sabah yang bersempadan dengan negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan negara Indonesia. Bandar terbesar di bahagian ini ialah Keningau manakala antara bandar lain termasuklah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang. Bahagian Pedalaman meliputi kawasan seluas 18,298 kilometer persegi atau 24.9 peratus dari seluruh negeri Sabah.[1] Bahagian Pedalaman juga meliputi tujuh daerah di Sabah.
Populasi
Populasi mengikut daerah pada tahun 2020[2]
Daerah
|
Jumlah populasi
|
Beaufort
|
75,716
|
Kuala Penyu
|
23,710
|
Sipitang
|
37,828
|
Tenom
|
51,328
|
Nabawan
|
28,349
|
Keningau
|
150,927
|
Tambunan
|
31,573
|
Jumlah
|
399,431
|
Pecahan pentadbiran
Bahagian Pedalaman terbahagi kepada sembilan buah Daerah dan tiga buah Daerah Kecil, seperti berikut:
- Daerah Beaufort
- Daerah Kuala Penyu
- Daerah Sipitang
- Daerah Tenom
- Daerah Nabawan
- Daerah Keningau
- Daerah Tambunan
- Daerah Membakut
- Daerah Sook
- Daerah Kecil Menumbok
- Daerah Kecil Kemabong
- Daerah Kecil Pagalungan
Rujukan