Griseofulvin (dipasarkan di bawah nama tuan punya Grifulvin V oleh Orthoneutrogena Labs, menurut buku jingga FDA) ialah ubat antikulat yang diberikan melalui mulut. Ubat ini digunakan pada kedua-dua haiwan dan pada manusia, untuk merawat jangkitan kulat pada kulit (biasanya dikenali sebagai kurap) dan kuku. Ubat ini dihasilkan oleh kulut sesetengah strain kulapuk Penicillium griseofulvum, yang daripadanya ubat ini diasingkan pada 1939.[1][2]