Graptemys caglei juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Cagle ialah spesies kura-kura dari keluarga Emydidae. Spesies ini berasal dari Texas, Amerika Syarikat.
Taburan habitat
G. caglei hanya boleh ditemui di Guadalupe, San Antonio, dan Sungai San Marcos di Texas.[3]
Etimologi
Nama saintifik, caglei, diambil sempena nama pakar herpetologis Amerika, Dr. Fred Ray Cagle (1915-1968).[4]
Ciri-ciri
Kura-kura Peta Cagle mempunyai corak yang rumit pada bahagian karapas dan plastronnya, dan bersaiz kecil berbanding kura-kura peta yang lain. Ia juga mempunyai perbezaan fizikal antara jantina, di mana jantan hanya bersaiz 4 in (10 cm) panjang, manakala betina boleh mencecah melebihi 7 in (18 cm) panjang mengikut karapasnya.[3]
Rujukan
Bacaan lanjut
- Conant R (1975). A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Second Edition. Boston: Houghton Mifflin. xviii + 429 pp. + 48 plates. ISBN 0-395-19979-4 (hardback), ISBN 0-395-19977-8 (paperback). (Graptemys caglei, p. 58 + Figure 9 on p. 56 + Map 21).
- Haynes D, McKown RR (1974). "A New Species of Map Turtle (Genus Graptemys) from the Guadalupe River System in Texas". Tulane Studies in Zoology and Botany 18 (4): 143-152. ("Graptemys caglei new species").
- Powell R, Conant R, Collins JT (2016). Peterson Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Fourth Edition. Boston and New York: Houghton Mifflin Harcourt. xiv + 494 pp. ISBN 978-0-544-12997-9. (Graptemys caglei, p. 202-203, Figure 92 + Figure 82 on p. 178).
- Smith HM, Brodie ED Jr (1982). Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. New York: Golden Press. 240 pp. ISBN 0-307-47009-1 (hardcover), ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys caglei, pp. 50–51).
Pautan luar