Grand Prix Motosikal musim 2008 ialah Kejuaraan Dunia Perlumbaan F.I.M musim ke-60.
Semasa Grand Prix motosikal Jepun 2008, Valentino Rossi menjuarai kategori MotoGP ketika perlumbaan masih berbaki tiga pusingan. Ia merupakan kejuaraan dunia kelapan serta kejuaraan MotoGP kelima miliknya.
Jadual
Jadual perlumbaan 2008 dikeluarkan pada Julai2007.[1] Jadual tersebut kemudian dipinda semula, dengan GP Jepun diadakan sebelum GP Australia, kerana tarikh asal GP Australia bertindih dengan pertandingan AFL Grand Final. Dua lagi perubahan telah dilakukan, iaitu GP Portugal ditukar tarikhnya dari 20 April ke 13 April dan GP Valencia akan diadakan pada 26 Oktober dan bukan pada tarikh asal 2 November.[2]
Perlumbaan MotoGP AS di IMS berlangsung sebanyak dua pertiga daripada jumlah pusingan, 20 pusingan, sebelum dibatalkan berikutan kebimbangan Taufan Ike melanda litar semasa hari perlumbaan.
Perlumbaan 250cc di Indianapolis asalnya ditangguhkan selepas perlumbaan MotoGP, kemudian dibatalkan atas alasan yang sama.